Tampil membawakan sebagai doktor dalam siri drama 'remake' W: Two World, pelakon Daiyan Trisha mengakui karakter tersebut mempunyai cabaran tersendiri. Katanya, dia banyak merujuk kepada golongan profesional itu bagi menjiwai watak tersebut dengan menjadikan kakak dan sahabat karibnya sebagai tempat rujukan untuk mengelakkan sebarang kesalahan dalam membawa watak Doktor Izara yang dipopularkan oleh Han Hyo Joo.
"Saya perlu belajar sendiri demi menjayakan watak seorang doktor dalam drama ini dan Alhamdulillah, kakak dan sahabat saya juga seorang doktor, jadi saya banyak bertanyakan berkenaan profesion doktor kepada mereka. "Ketika penggambaran berlangsung, saya cuba sebaik mungkin mengelakkan kesalahan yang berlaku kerana watak seorang profesional seperti doktor sememangnya tidak mudah untuk dijayakan dalam sesebuah drama atau filem," katanya ketika ditemui di penggambaran drama W: Two World.
Daiyan turut bersetuju apabila membawa watak profesional pastinya berdepan dengan tekanan dan cabaran sepanjang penggambaran berlangsung. "Saya sedar penonton sekarang sangat peka dan mereka pantas mengkritik jika pelakon membawa watak sambil lewa dan tidak melakukan rujukan sebelum berlakon. "Bagi saya, bila dapat watak seorang doktor kalau boleh saya nak pastikan mesej itu sampai dan cara penyampaian itu betul seperti dalam dunia sebenar," katanya. Tambah Daiyan, dia juga banyak menghabiskan masanya belajar mengenai bidang kedoktoran melalui YouTube sebelum memulakan lakonan drama itu. Drama fantasi percintaan adaptasi dari Korea Selatan ini W: Two World diarahkan Datuk Yusri Abdul Halim serta menampilkan barisan pelakon popular antaranya Hun Haqeem, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Faizal Hussein, Tony Eusoff dan Shah Kimin. Sumber: Harian Metro |
dudaberhias replied at 26-6-2023 05:07 PM
harap2 ok lah lakonan jangan balik2 gitu je watak ko macam dalam high council tu...
rasanya dalam ...
Thunderclouds replied at 26-6-2023 05:37 PM
Kebetulan aku tgh tgk cita ni kt netflix.
Xleh blah sbb hero muka jambu.
Tua² ni xlalu tgk muka jam ...
Thunderclouds replied at 26-6-2023 05:37 PM
Kebetulan aku tgh tgk cita ni kt netflix.
Xleh blah sbb hero muka jambu.
Tua² ni xlalu tgk muka jam ...
dudaberhias replied at 26-6-2023 09:07 AM
harap2 ok lah lakonan jangan balik2 gitu je watak ko macam dalam high council tu...
rasanya dalam ...
dudaberhias replied at 26-6-2023 08:02 PM
iols tengok jugak, tapi lee jong suk tu bukan sebab muka jambu yang kita rasa geli nak tengok kaka ...
sleepandream replied at 26-6-2023 08:10 PM
gigih iols google... lee jong suk ropernyer...
bagi iols heols tak jambu.. muka ala2 cina bukit ka ...
babyLON. replied at 26-6-2023 08:58 PM
versi korea pun mampu tgk episode 1 ja turn off betul dgn hero (LJS). apa² pun drama dia aku susah ...
syamzana replied at 26-6-2023 05:15 PM
iols suka jugak drama two world ni fantasi gituh masuk dlm komik tp tgkkan pelakon versi malaya ni m ...
Thunderclouds replied at 26-6-2023 09:20 PM
Geli nengok chuolllsss...
Mata org lain mebi napak hensem.
Ini babak cedera parah muka terletak he ...
dudaberhias replied at 26-6-2023 08:02 PM
iols tengok jugak, tapi lee jong suk tu bukan sebab muka jambu yang kita rasa geli nak tengok kaka ...
heythere123 replied at 26-6-2023 11:35 PM
kakadud layan tak King The Land?
ADVERTISEMENT