Tampil membawakan sebagai doktor dalam siri drama 'remake' W: Two World, pelakon Daiyan Trisha mengakui karakter tersebut mempunyai cabaran tersendiri.
Katanya, dia banyak merujuk kepada golongan profesional itu bagi menjiwai watak tersebut dengan menjadikan kakak dan sahabat karibnya sebagai tempat rujukan untuk mengelakkan sebarang kesalahan dalam membawa watak Doktor Izara yang dipopularkan oleh Han Hyo Joo.
"Saya perlu belajar sendiri demi menjayakan watak seorang doktor dalam drama ini dan Alhamdulillah, kakak dan sahabat saya juga seorang doktor, jadi saya banyak bertanyakan berkenaan profesion doktor kepada mereka.
"Ketika penggambaran berlangsung, saya cuba sebaik mungkin mengelakkan kesalahan yang berlaku kerana watak seorang profesional seperti doktor sememangnya tidak mudah untuk dijayakan dalam sesebuah drama atau filem," katanya ketika ditemui di penggambaran drama W: Two World.
Daiyan turut bersetuju apabila membawa watak profesional pastinya berdepan dengan tekanan dan cabaran sepanjang penggambaran berlangsung.
"Saya sedar penonton sekarang sangat peka dan mereka pantas mengkritik jika pelakon membawa watak sambil lewa dan tidak melakukan rujukan sebelum berlakon.
"Bagi saya, bila dapat watak seorang doktor kalau boleh saya nak pastikan mesej itu sampai dan cara penyampaian itu betul seperti dalam dunia sebenar," katanya.
Tambah Daiyan, dia juga banyak menghabiskan masanya belajar mengenai bidang kedoktoran melalui YouTube sebelum memulakan lakonan drama itu.
Drama fantasi percintaan adaptasi dari Korea Selatan ini W: Two World diarahkan Datuk Yusri Abdul Halim serta menampilkan barisan pelakon popular antaranya Hun Haqeem, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Faizal Hussein, Tony Eusoff dan Shah Kimin.
harap2 ok lah lakonan jangan balik2 gitu je watak ko macam dalam high council tu...
rasanya dalam semua siri dan drama / filem ko berlakon gitu je lah lakonannya macam takde prestasi... balik2 macam bawa watak sama je...
apa kata ko belajar berlakon dari acik @Bipolajourney je macam mana nak ada split personality disorder buat pelbagai watak dan pelbagai ciri2 serta peranan setiap karakter rekaan dia tu... kurang2 ada jugak prestasi nanti yach walaupun tipu2 dan khayalan... silap2 boleh lompat2 dan panjat2 syiling dengan lari2 macam cheetah macam babak akhir filem split tu...
belajar dari pelakon hebat ni macam mana nak pelbagaikan watak...siap boleh panjat2 dinding... harap2 acik bipola tak panjat2 dinding ye kat balai polis nanti...
Post time 26-6-2023 05:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kebetulan aku tgh tgk cita ni kt netflix.
Xleh blah sbb hero muka jambu.
Tua² ni xlalu tgk muka jambu jadi hero.
Nak² tbaring kna tikam pon still control jambu.
Yihhhhhhhhh
iols tengok jugak, tapi lee jong suk tu bukan sebab muka jambu yang kita rasa geli nak tengok kaka...tapi sebab hidung dia tu kot... muka plastik habis... sebab hero2 korea lain herlokkk jah tengok sesambil hirup kucate menikmati pemandangan...
omg iols tak sabar nak tunggu witcher 3, lagi 2 hari je lagi, nak berkuntum kat bod drama/siri netflix japgi ni...
sesambil persiapan menanti korban gittuh sebab iols takleh potong kuku, cabut bulu semua sebab buat korban...
terpaksa jadi mak lampir la kat rumah... kuku ala2 catwoman dah ni nak mengcakar2 dinding rumah orang kampung macam pontianak...
hahahaha choiii...
tapi betul yach yang bibir merah terang benderang tu... iols tengok pun geli...
last2 kalih ke show lain... sebab muka macam pondan pun ada bila theyolss bubuh lipgloss terang benderang gitu...
sorang lagi yang muka nampak plastik ya amat yang jadi watak seojun dalam true beauty tu...
hwang in youp.. muka nampak plastik habis siap ber eyeshadow dengan eyeliner bagai lagi...
yang cha eunwoo tu takyah citer lah... herlok memang herlok tapi lakonan keras kaku kejung semua dia sapu habis... dengan tiang2 rumah serta batu bata kelukir dan pohon jati pun dia sapu termasuk peti ais dan pintu utama...