CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dari Selangor Ke Perak, Gadis Terharu Tunang Gigih Kayuh Basikal Sejauh 126 Kilometer Untuk Buat 'Surprise'

26-6-2023 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5756| Komen: 38

Tular luahan seorang gadis yang terharu dengan kegigihan tunangnya mengayuh basikal sejauh 126 kilometer semata-mata untuk berjumpa.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, gadis terbabit kelihatan begitu terkejut dengan kejutan dibuat tunangnya yang tiba-tiba memunculkan diri di depan mata.



TikTOk

Dedahnya yang mesra dipanggil Lia itu, dia mengakui pada mulanya berasa risau apabila tidak dapat menghubungi tunang selama seharian sekali gus memikir keadaan lelaki terbabit ketika itu.

Bagaimanapun, gadis terbabit sama sekali tidak menjangkakan tunang yang juga aktif dalam bidang sukan permotoran itu tiba-tiba muncul di tempat kerjanya.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa cemburu melihat kebahagian pasangan tersebut dan ramai juga wanita merasakan gadis tersebut sangat bertuah kerana menemui lelaki yang menghargai dirinya.






Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 26-6-2023 01:43 PM
Dah jadi laki baru leh sembang dik..ntah2 suruh beli lampin kat speedmart pun boleh bawak perang.
Quote prince_marhaen 26-6-2023 02:02 PM
belum confirm sign in dik.... begitu lah... yang lebih2 ni cikki yang komen2 ni...pastu berangan dapat laki effort macam ni...kau pulak macam cantik sangat kan tinggal kangkang je kekonon deserve laki macam ni... walhal kepam je yang komen pun.. 24jam ngadap tiktok...ntah2 bau hamis..
Quote esbok 26-6-2023 02:08 PM
aku pepagi makan aiskrim tau. musim sejuk pun aku layan aiskrim.
Quote Lentera 26-6-2023 11:15 PM
Selangor apa nama tempat? Perak pula kat mana? Ye2 je 126km. Padahal selangor dgn perak tu berjiran je
Quote dekmieDandy 27-6-2023 09:17 AM
lama tak nampak cadburry bentuk rumah tu

dulu-dulu bentuk piano pun ada
Quote She-Ra 27-6-2023 09:26 AM
iols ada kwn yg gigih cenggini jgk
naik moto dr selangor ke pd semata nak pujuk kwn iols yg ada salah paham antara dorg
memalam buta pulak tu.. kemainnnnn gigih

bila dh dpt, mcm2 jd.. siap tinggal bini sorg kt rumah pd semata nak lepak dgn kwn2 kt selangor nun.. siap tdo rumah family sendiri 2 3 hari okay
sebelum kawen kemain "ok je awak kerja kt n9, sy kt selangor.. hari2 sy berulang balik pd" sudahnya... kejap je pastu igt diri tu bujang manjang nk lepak dgn kwn2 tinggal bini kt rumah


dedua ni kwn iols.. baik lelaki baik perempuan.. tp dorg pisah pun cara elok, ok la
iols ok je dgn dedua
Quote She-Ra 27-6-2023 09:45 AM
Lentera replied at 26-6-2023 11:15 PM
Selangor apa nama tempat? Perak pula kat mana? Ye2 je 126km. Padahal selangor dgn perak tu berjiran  ...

itulah tp takpeee.. jiwa muda meronta buat sesuatu lain dr yg lain hehehe
kita penah la kayuh dr sabak bernam ke pulau pangkor nun.. pastu balik kita ikut laluan lain, teringin nak pegi menara condong bergamba reramai dpn tu.. jd pangkor - teluk intan - sabak bernam.. jarak utk 2hari tu 226km sahajaaaa
kenangan kena jerkah dgn anjing memalam buta kt kawasan bukit2 dr jeti pangkor nak ke chalet teluk nipah tu mmg takleh lupa
bkn kitorg takut tp gelak dekah2 lg.. pastu memasing semput nak kayuh sikal naik bukit hahahaa
mtb jd mari tolak basikal
Quote fair_iza 27-6-2023 04:37 PM
Aku reject laki mcm ni. Tak praktikal. Duk kayuh berpanas, buang masa semata2 nk jumpa tunang. Baik naik bas.
Quote kuzaime 27-6-2023 10:35 PM
Tertanya2, lama2 / jauh2 kayuh basikal tu x melecet ke kangkang??
Quote isseliparjepun 28-6-2023 07:35 AM
Generasi BBNU terpaling.
Quote insulin 28-6-2023 06:41 PM
Effort effort..... Rasa nak lempang sekor2.
Quote Zack8hunter 29-6-2023 04:10 PM
jap.. lps jumpa bf dia blk pun naik beskal juga ke? melecet celakang
Quote chiyoasuka 28-7-2023 02:09 AM
effort sgtttt hahahahhaaha
Quote DianaSaksen 28-7-2023 02:18 AM
Bbnu sekarang
Harap bertahan hubungan tu
Quote penutupbotol 28-10-2023 05:39 PM
pastikan bila tunangmu dh besar sikit  nt dia beli kereta yerr dikk
Quote gideoncross 11-2-2024 01:53 AM
insulin replied at 28-6-2023 06:41 PM
Effort effort..... Rasa nak lempang sekor2.

BBNU
Quote Meiizu 11-2-2024 10:43 PM
fair_iza replied at 27-6-2023 04:37 PM
Aku reject laki mcm ni. Tak praktikal. Duk kayuh berpanas, buang masa semata2 nk jumpa tunang. Baik  ...

Hahah betul2..tak realistik tak rasional
Quote aciksenah 16-2-2024 02:49 PM
Zaman sekarang orang buat apa saja semata2 nak viral. Lepas tu ramai la dok folo..tu yang diorang kejar..
Quote bottombikini 18-2-2024 07:02 AM
alahai bbnu kalau sembang mmg bikin bimbang
baru tunang deknon
kau tunggu lepas anak 2

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067504 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top