CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

Suka Sangat Cium Mulut Dengan Anak Sendiri

8-7-2023 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3373| Komen: 15

Description: Baru-baru ini ramai dalam kalangan selebriti memuat naik gambar-gambar mereka bercium mulut dengan anak masing-masing.
Baru-baru ini ramai dalam kalangan selebriti memuat naik gambar-gambar mereka bercium mulut dengan anak masing-masing.

Bagaiamanpun tindakan tersebut dihentam netizen. Menurut mereka  ibu bapa tidak patut mencium anak pada bahagian bibir kerana ia boleh mengundang hal-hal yang kurang baik, terutama jika anak sudah dewasa.


Memetik hujahan Dr Taufik Razif yang pernah disiarkan menerusi SinarPlus, perbuatan mencium bibir anak tidak digalakkan.

Gambar Hiasan

“Sebenarnya sayang macam mana sekalipun ibu bapa, dilarang untuk cium di bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil,” Dr Taufik melontarkan hujahnya.

Antara sebab-sebab mengapa ibu bapa dilarang berbuat demikian:

1. Boleh merangsang syahwat
Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat. Dr. Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universiti California Los Angeles, berpendapat bahawa akan ada kesan buruknya jika ibu bapa selalu mencium bibir anak-anak.


“Ketika seorang anak mencapai usia 4, 5 atau 6, keinginan seksualnya pada usia itu sudah mula datang (dan ada juga anak-anak yang keinginan seksualnya datang lebih awal pada usia 2 atau 3 tahun) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual (syahwat) mereka.”

2. Mulut tempat pindahkan kuman
Ada bayi yang terkena penyakit berjangkit kerana bibirnya seringkali dicium. Ingatlah bahawa, mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh. Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut.

3. Rasul dan para sahabat hanya mencium pipi anak mereka
Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orang tua kepada anaknya. Hal ini diperbolehkan untuk dilakukan.
Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk dicium iaitu pada bahagian pipi seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.

“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya:
“Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918).
Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tetapi ibu bapa sememangnya tidak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah sekadar menunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.

Sebenarnya ada empat tempat ciuman dan dua tempat gosokan yang digalakkan pada ibu bapa melakukannya pada anak.

1. Ciuman di kepala (ciuman kebanggaan)
Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

2. Ciuman di dahi (tanda reda)
Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa reda dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. Ciuman di pipi (ciuman rindu)
Bila ambil anak daripada taskda atau bila anak baru pulang dari sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi.

4. Ciuman di tangan (ciuman kasih sayang)
Ciuman di tangan sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myclass 26-7-2023 04:05 PM
okey dah faham, betul la tu apa yg ditulis, kadang2 kita tau tp mcm buat2 x tau
Quote HoneyManjer 26-7-2023 05:12 PM
aku pai la ciyom bibio ank sedara...
anak sedara da besor....
umo 20 dah hahahah jgn kecam
mmg saloh tapi entah la da biasa huuuu
Quote ropiahdiva80 24-8-2023 09:11 PM
rmai yg x sedar bahayakan budak2 tp ramai masih buat hufftt susah nak ajar org x faham ni
Quote pooh~key 24-8-2023 09:58 PM
HoneyManjer replied at 26-7-2023 05:12 PM
aku pai la ciyom bibio ank sedara...
anak sedara da besor....
umo 20 dah hahahah jgn kecam

Lain jantina atau sespesis berkerang sissy?
Quote jalfa 24-8-2023 10:12 PM
Anak jejans iols siyom kapla dgn dahi sajork.walopon kapla masam
Quote bottombikini 25-8-2023 07:50 AM
org kita mmg camtu
dah tau salah tapi suka buat
Quote HoneyManjer 25-8-2023 10:35 AM
pooh~key replied at 24-8-2023 09:58 PM
Lain jantina atau sespesis berkerang sissy?

lain jantina
Quote ifanonline 25-8-2023 10:38 AM
cium mulut ni hanya antara suami dan isteri-isteri...mcm abg tesla tu
Quote pooh~key 25-8-2023 11:44 AM
HoneyManjer replied at 25-8-2023 10:35 AM
lain jantina

Kau bagi akak jelah yang cium molut anak buah chuols tu sissy…. Shomel tak heols sissy? Agaychewwww…..
Quote supernaturalee 25-8-2023 11:47 AM
snl ni kdg beyond imagination yg disturbing

[youtube]uEbzD1bBlTQ[/youtube]
Quote HoneyManjer 25-8-2023 12:11 PM
pooh~key replied at 25-8-2023 11:44 AM
Kau bagi akak jelah yang cium molut anak buah chuols tu sissy…. Shomel tak heols sissy? Agaycheww ...

semestinya herloks....hahhahahahhahahhaha
Quote Tinot7 25-8-2023 01:30 PM
HoneyManjer replied at 25-8-2023 12:11 PM
semestinya herloks....hahhahahahhahahhaha

Kuarga hang ok ka?

Ada jugak org cenggini rupanya
Quote _blackbird 25-8-2023 02:28 PM
Aik cium2 muah2 mcm tu pon ransang syahwat ke. Bukan sampai kulum lidah bertukar air liur pon. Adoi lahhh
Quote HoneyManjer 25-8-2023 03:01 PM
Tinot7 replied at 25-8-2023 01:30 PM
Kuarga hang ok ka?

Ada jugak org cenggini rupanya

just a peck on the lips gituh...
bukan frenchie...
family ok sajah
Quote Tinot7 25-8-2023 06:56 PM
HoneyManjer replied at 25-8-2023 03:01 PM
just a peck on the lips gituh...
bukan frenchie...
family ok sajah

Peck kat pipi je la..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057932 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top