CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bersedialah Hadapi Harga Ubat Yang Dijangka Naik Lima Peratus

26-6-2023 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 211| Komen: 0

Nilai ringgit yang terus lemah dan tidak stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) sejak bulan lalu dijangka menyebabkan peningkatan harga ubat-ubatan untuk pasaran dalam negara sehingga lima peratus.


Ini kerana kebanyakan ubat terutamanya ubat batuk, demam dan pelbagai jenis antibiotik diimport dari negara-negara luar dan urus niaga dilakukan dalam AS$.

Permintaan ubat-ubatan asas tersebut penting, lebih-lebih la­gi ketika musim panas ketika ini ramai yang mengalami batuk dan demam.


Gambar hiasan

Dilaporkan sektor swasta dan awam di negara ini membelanjakan antara RM4.5 bilion hingga RM5 bilion untuk mengimport ubat-ubatan dalam tempoh setahun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, nilai ringgit yang melemah antara punca utama yang mempengaruhi harga ubat selain ketidaktentuan di peringkat antarabangsa seperti perang di Rusia-Ukraine yang belum tamat.


Menurut beliau, ini kerana harga ubat di pasaran tidak dikenakan cukai, maka dengan kebanyakan ubat di negara ini diimport, kejatuhan ringgit akan mempengaruhi peningkatan harga.

“Harga ubat bergantung kepada harga bahan farmaseutikal aktif iaitu bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan.

“Selain itu, kadar eksipien yang merupakan bahan tambahan yang diguna untuk memproses sesuatu bentuk atau jenis ubat dan satu lagi adalah (kos) logistik seperti (untuk penghantaran) ke luar bandar khusunya di Sabah dan Sarawak.

“Jadi apabila mahu buat ubat dalam negeri, bahan mentah kena dapatkan dari luar, tetapi apabila ringgit rendah, harganya mahal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Indeks Harga Pengguna bagi Mei tahun ini dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan, purata harga ubat batuk 60ml adalah RM6.75, manakala satu paracetamol bagi 12 biji pil atau satu paket (strip) pula berharga RM5.16.

Sejak hujung Mei lepas, ringgit dilaporkan terus jatuh dan mencecah RM4.6 berbanding dolar AS iaitu paras terendah dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Susulan itu, penganalisis tidak menolak ringgit mungkin akan terus mengalami tekanan dalam tempoh jangka pendek dan diramal pada paras RM4.5 berbanding dolar AS pada akhir tahun ini.

Mengulas lanjut, Amrahi berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) disaran untuk mempunyai peranca­ngan segera bagi mengatasi pe­ningkatan ubat berkenaan.

Menurut beliau, peningkatan harga di pasaran pada masa kini mungkin masih belum berlaku dengan ketara tetapi situa­si boleh menjadi serius sekiranya ringgit terus melemah.

“Harga ubat ini tertakluk di bawah Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri (KPDN), jadi mereka kena buat perancangan dan keputusan untuk ambil tindakan…mungkin di ‘Rahmah’ kan atau sebagainya,” katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Abdol Rashid Masrom pula berkata, peningkatan kadar harga ubat itu sangat terasa terutamanya apabila nilai ringgit rendah.

Menurut beliau, ini kerana senarai harga baharu yang dikeluarkan pembekal juga berubah kepada dua kali setahun berbanding sebelum ini.
Kata Abdol Rashid, kadar harga juga meningkat setiap kali senarai baharu dikeluarkan.

“Dulu setahun sekali atau lepas perayaan baru harga naik, sekarang ini dalam enam bulan sudah keluar senarai baharu.

“(Peningkatan dari pembekal) pula macam tidak ada kawalan harga. Kita pun terasa juga, klinik swasta ini nampak macam untung banyak, tapi mark up sikit sahaja,” jelasnya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.106083 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top