CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Bersedialah Hadapi Harga Ubat Yang Dijangka Naik Lima Peratus

[Copy link]
Post time 26-6-2023 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Nilai ringgit yang terus lemah dan tidak stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) sejak bulan lalu dijangka menyebabkan peningkatan harga ubat-ubatan untuk pasaran dalam negara sehingga lima peratus.


Ini kerana kebanyakan ubat terutamanya ubat batuk, demam dan pelbagai jenis antibiotik diimport dari negara-negara luar dan urus niaga dilakukan dalam AS$.


Permintaan ubat-ubatan asas tersebut penting, lebih-lebih la­gi ketika musim panas ketika ini ramai yang mengalami batuk dan demam.




Gambar hiasan




Dilaporkan sektor swasta dan awam di negara ini membelanjakan antara RM4.5 bilion hingga RM5 bilion untuk mengimport ubat-ubatan dalam tempoh setahun.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, nilai ringgit yang melemah antara punca utama yang mempengaruhi harga ubat selain ketidaktentuan di peringkat antarabangsa seperti perang di Rusia-Ukraine yang belum tamat.


Menurut beliau, ini kerana harga ubat di pasaran tidak dikenakan cukai, maka dengan kebanyakan ubat di negara ini diimport, kejatuhan ringgit akan mempengaruhi peningkatan harga.


“Harga ubat bergantung kepada harga bahan farmaseutikal aktif iaitu bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan.


“Selain itu, kadar eksipien yang merupakan bahan tambahan yang diguna untuk memproses sesuatu bentuk atau jenis ubat dan satu lagi adalah (kos) logistik seperti (untuk penghantaran) ke luar bandar khusunya di Sabah dan Sarawak.


“Jadi apabila mahu buat ubat dalam negeri, bahan mentah kena dapatkan dari luar, tetapi apabila ringgit rendah, harganya mahal,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurut Indeks Harga Pengguna bagi Mei tahun ini dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan, purata harga ubat batuk 60ml adalah RM6.75, manakala satu paracetamol bagi 12 biji pil atau satu paket (strip) pula berharga RM5.16.


Sejak hujung Mei lepas, ringgit dilaporkan terus jatuh dan mencecah RM4.6 berbanding dolar AS iaitu paras terendah dalam tempoh enam bulan tahun ini.


Susulan itu, penganalisis tidak menolak ringgit mungkin akan terus mengalami tekanan dalam tempoh jangka pendek dan diramal pada paras RM4.5 berbanding dolar AS pada akhir tahun ini.


Mengulas lanjut, Amrahi berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) disaran untuk mempunyai peranca­ngan segera bagi mengatasi pe­ningkatan ubat berkenaan.


Menurut beliau, peningkatan harga di pasaran pada masa kini mungkin masih belum berlaku dengan ketara tetapi situa­si boleh menjadi serius sekiranya ringgit terus melemah.


“Harga ubat ini tertakluk di bawah Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri (KPDN), jadi mereka kena buat perancangan dan keputusan untuk ambil tindakan…mungkin di ‘Rahmah’ kan atau sebagainya,” katanya.


Setiausaha Agung Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Abdol Rashid Masrom pula berkata, peningkatan kadar harga ubat itu sangat terasa terutamanya apabila nilai ringgit rendah.


Menurut beliau, ini kerana senarai harga baharu yang dikeluarkan pembekal juga berubah kepada dua kali setahun berbanding sebelum ini.
Kata Abdol Rashid, kadar harga juga meningkat setiap kali senarai baharu dikeluarkan.


“Dulu setahun sekali atau lepas perayaan baru harga naik, sekarang ini dalam enam bulan sudah keluar senarai baharu.


“(Peningkatan dari pembekal) pula macam tidak ada kawalan harga. Kita pun terasa juga, klinik swasta ini nampak macam untung banyak, tapi mark up sikit sahaja,” jelasnya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 103507 Replies : 4592
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 1470 Replies : 3
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 24631 Replies : 5
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105247 Replies : 1660
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9719 Replies : 79
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41758 Replies : 79
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14260 Replies : 72
Menteri Fadhlina tak setuju cikgu plg ramai ambil MC.Tak bertanggungjawab, cetus persepsi negatif terhadap profesion keguruan katanya
AbahmungMenteri Fadhlina tak setuju cikgu plg ra
Views : 9729 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046014 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list