Seorang ibu terkejut dengan kepesatan sistem pendidikan sedia ada hingga mendakwa tidak selari dengan perkembangan awal kanak-kanak. Menurut wanita itu dia merancang untuk menghantar anaknya ke sebuah tadika tetapi soalan pertama daripada guru besar di pusat asuhan dan didikan itu menyebabkan dia panas hati.
"Kejamnya pendidikan awal sekarang ni. Saya nak masukkan anak ke tadika untuk kanak-kanak 6 tahun di kawasan berdekatan tempat kerja saya. Tadika biasa bukan yang ada cawangan. "Tidak saya sangka, ini soalan guru besar di situ kepada saya... anak puan dah boleh membaca, mengira ke? Kalau belum, kami tak boleh ambil. "Ya Allah, ini tempat belajar untuk kanak-kanak kan. Di sini bukan ke sepatutnya belajar perkara asas seperti kenal huruf dan nombor. "Adakah sekarang ni dah kena pandai baca novel baru boleh diterima?" soal wanita itu.
Dalam pada itu wanita tersebut sempat mengimbas bagaimana dia melalui zaman pendidikan awal kanak-kanak di mana pendidikan awal di masanya dahulu lebih terbuka dan tidak terlalu mengongkong, namun hasilnya tetap memberangsangkan. Wanita itu mengatakan corak pendidikan awal hari ini yang sangat menekan kanak-kanak hanya akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. "Belajar laju-laju nak pergi mana? Berhasil ke nak jadikan anak-anak kita cemerlang akademik dengan cara ni? "Yang gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada tahun 2020 hingga tahun 2022 adalah seramai 93,647 pelajar, mungkin sebab cara kita sekarang," kata wanita itu memetik statistik untuk menyokong pandangannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga kurang bersetuju dengan pendekatan untuk membebankan kanak-kanak sejak usia awal mereka. "Itulah sengsara kami cikgu-cikgu hadap, sepatutnya usia macam ni masih lagi belajar dalam keadaan fun learning tapi silibus mengejar kami. "Guru tadika pun dalam dilema sebenarnya, sebolehnya nak anak-anak belajar secara santai, tapi sebab darjah 1 nanti ada pentaksiran semua, kami kena dedahkan mereka awal-awal. Tolong kaji semula silibus," kata warga maya. Sumber: mStar
|
copy_paste replied at 26-6-2023 09:52 AM
umo 5 tahun dah kena pandai membaca weii,
darjah 1 dah kena pandai buat esei
Belibis replied at 26-6-2023 10:17 AM
..darjah dua kena pandai taakul ayat tersirat.
ADVERTISEMENT