CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4649|Reply: 131

'Laju-laju Nak Pergi Mana?' - Ibu Terkejut Tadika Tolak Anak Sebab Belum Pandai Membaca, Mengira

[Copy link]
Post time 26-6-2023 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Seorang ibu terkejut dengan kepesatan sistem pendidikan sedia ada hingga mendakwa tidak selari dengan perkembangan awal kanak-kanak.


Menurut wanita itu dia merancang untuk menghantar anaknya ke sebuah tadika tetapi soalan pertama daripada guru besar di pusat asuhan dan didikan itu menyebabkan dia panas hati.




Gambar hiasan




"Kejamnya pendidikan awal sekarang ni. Saya nak masukkan anak ke tadika untuk kanak-kanak 6 tahun di kawasan berdekatan tempat kerja saya. Tadika biasa bukan yang ada cawangan.


"Tidak saya sangka, ini soalan guru besar di situ kepada saya... anak puan dah boleh membaca, mengira ke? Kalau belum, kami tak boleh ambil.


"Ya Allah, ini tempat belajar untuk kanak-kanak kan. Di sini bukan ke sepatutnya belajar perkara asas seperti kenal huruf dan nombor.


"Adakah sekarang ni dah kena pandai baca novel baru boleh diterima?" soal wanita itu.








Dalam pada itu wanita tersebut sempat mengimbas bagaimana dia melalui zaman pendidikan awal kanak-kanak di mana pendidikan awal di masanya dahulu lebih terbuka dan tidak terlalu mengongkong, namun hasilnya tetap memberangsangkan.


Wanita itu mengatakan corak pendidikan awal hari ini yang sangat menekan kanak-kanak hanya akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.


"Belajar laju-laju nak pergi mana? Berhasil ke nak jadikan anak-anak kita cemerlang akademik dengan cara ni?


"Yang gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada tahun 2020 hingga tahun 2022 adalah seramai 93,647 pelajar, mungkin sebab cara kita sekarang," kata wanita itu memetik statistik untuk menyokong pandangannya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga kurang bersetuju dengan pendekatan untuk membebankan kanak-kanak sejak usia awal mereka.


"Itulah sengsara kami cikgu-cikgu hadap, sepatutnya usia macam ni masih lagi belajar dalam keadaan fun learning tapi silibus mengejar kami.


"Guru tadika pun dalam dilema sebenarnya, sebolehnya nak anak-anak belajar secara santai, tapi sebab darjah 1 nanti ada pentaksiran semua, kami kena dedahkan mereka awal-awal. Tolong kaji semula silibus," kata warga maya.










Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 08:24 AM | Show all posts
ni antara parents yg acah2 terpaling...jgn menyesal klu ank kau esok lembab & tertinggal pelajaran
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 08:37 AM | Show all posts
antor p kemas x nak, takut jatuh setended dia kot.. pastu nk masuk tadika taraf harvard..

KEMAS amik semua budak, pakai pempes pun dia ambil, yg spesial pun kadang2 cikgu ambil, kesian cikgu..

- mak cikgu kemas
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik ni ketinggalan jaman.. lengkali rajin2 berinteraksi dgn acik2 lain yg dah ada anak.. bkn sembang pasai henbeg mekap bagai, tapi sembang pasai pendidikan anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendidikan asas dari rumah, bukan semua diharapkan pada sekolah...kalau ko bekerja, pasti dah letih dengar luahan mak bapak yg sudah melalui benda yang sama.  Tolonglah jangan banding zaman ko dengan sekarang  Takkan kat rumah main aja & melekat kat tv  Pelik ada lagik mak bapak berpikiran cam gini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xpenah anta ank² g kemas/tabika/pasti.
Tp kindy anak² aku xpernah lak tnya gituh waktu p riki².
Cuma yg xbest byk homework.
Umoq 5-6thn dok hadap hw pas blk sekolah & waktu cuti panjang.
Hilang nikmat jadik budak kecik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Come on. Banyak je tadika lain chuols. Maybe GB tu cuma ambil budak pandai membaca at 6yo sebab student lain semua dah boleh membaca in that class. Kang amik anak kau yang tak boleh membaca, 1 kerja lak nak ikut phase anak kau. Bukan ada 1 je kindy kat malaysia ni.

Since anak kau belum boleh membaca, then send to special needs kindy. Kebanyakan mak pak jenis ignorant. Jenis nak jugak anak ke certain kindy sebab reputation saja tanpa memikirkan anak tu boleh catch up atau tak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik, kau kena pandai taichi aje la acik kalau GB kata gitu. Ada cara nak jawab supaya diterima.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 26-6-2023 03:17 PM

Tetiba la diungkit yang gagal SPM 2020-2022.

Motif sekor2 lupa tu masa PKP memang ramai pelajar keciciran sebab enjois tak blaja tak pi sekolah tak peduli PDPR?

Motif juga sekor2 buat tak ingat batch tu tak ambik PT3?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:01 AM | Show all posts
tadika manakah itu? huhu.. kesian anak2 zaman sekarang.. hilang zaman kanak2..
umur 4 tahun.. cuti sekolah dibekalkan worksheet untuk dibuat.
halloooo?
anak2 aku semua pegi playschool sampai 6 tahun.. memang PLAY..
takde terpaku duduk kat meja tracing ABC.. mengira jari..
dorang menulis di pasir, mengira ranting pokok.. bebas memanjat.. bermain.. berkejaran..  meja hanya guna masa makan aje. Takde pulak anak2 aku ketinggalan.. Aku tak mengharap anak yang membaca awal.. mengira pantas.. tapi pesanan guru kat sekolah.. tak ingat.. mak pak kena tanye kat group wasap. Segala mende mak kena pesan kt grup.. cikgu nanti tlg amik duit dalam poket nombor dua anak saya ye.. dalam sampul duit raya gambar upin ipin.

Kau dah kenapa? Anak kau takleh terima arahan n pesanan ke?
Itula dia.. kita nak sangat anak pandai baca.. tapi benda2 mcm tu kita lupa.
Anak tu manusia.. bukan robot. Biar mereka buat salah n silap.. belajar semua tu.

Duduk rumah.. bukan bagi anak tengok tv.. main henpon berjam2.. Hantar anak pegi tadika.. untuk dia biasakan diri bersosial.. belajar bab adab dengan kawan2.. dengan guru.. macam mana nak sharing.. tolerate.. benda2 mcm tu juga penting.. bukan abc semata2
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Banyak kindy lain for you to look for. Terlalu banyak. Find one that suits for you and your child needs instead of blaming teachers and kindy for not accepting your child.
2. Belum pape dah up facebook masalah yg boleh settle. If else, awal2 lagi school nak avoid masalah that might come up later from this attitude.   

Setiap sekolah ada target. Different year different target.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:29 AM | Show all posts
lain ye zaman sekarang

masa zaman Iols dulu, tadika pun tak pegi. sampai umo 6 tahun la Iols bebas bermain di rumah

umo 7 tahun baru first time pegi sekolah. 2-3 bulan pertama darjah 1, belajar ABC, terus belajar baca
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia banding ngan zaman 80-an like seriously kak..
Ajar lah anak tu sikit2 dari lahir pun dah boleh expose dia santai2 je. By umur 5 tahun harus dah boleh kenal abc nombor apa semua la. Mainan dia, puzzle2 dia bagi lah yg ada abc, ada nombor.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:52 AM | Show all posts
umo 5 tahun dah kena pandai membaca weii,
darjah 1 dah kena pandai buat esei
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:57 AM | Show all posts
kalau 10 tadika kau pergi, 10-10 tu nak yg dah boleh baca, tak heran lah kau nak bebel kat fb tu kak oi. Cer cari dulu yg lain tengok camne. Ke nak yg paling dekat dengan tempat keje pastu tak puas hati sebab takleh senangkan hidup kau tu yg sampai membebel terkait budak spm 2020-2022 apa semua tu? Hantar playschool la kalau tak nak yg terlalu advanced.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:04 AM | Show all posts
kan dia kata tadika tu berdekatan tpt kerja dia..ada lah sebabnya dia hantar situ.. ada la tu tadika lain, tapi off route nak gi kerja, masalah2 lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 10:08 AM | Show all posts
I pon pernah hadap tadika yang reject anak I, sebab tak fasih membaca umur 5 tahun. Anak I dah kenal abc cuma bab mengeja masih tergagap2. Masa tu I baru pindah. Both parents working jadi kena cari tadika +daycare yang full day boleh ambil lepas pkul 6 petang. Tadika tu buat assessment dlu, dan cakap adik saja dia boleh terima. Abang dia taknak terima. Sedihla jugak. It is a franchise tadika with english medium. Lepas tu I try recce tadika cina la sbb kecewa. I berterus terang anak I tak fasih lagi membaca. Principal dia cakap, it is ok. They are still kids puan. Our teachers can guide them. Dhla tadika ni boleh ambil before 7:00pm tanpa additional charge, plus point di situ.I bagitau tadika I pergi sblm ni reject the eldest. Principal dia ckp, yes memang ada tadika yang nak jaga reputation, more towards business minded. Alhamdulillah anak2 I happy kt sana, bukan setakat malay dan english, mandarin pon boleh baca. Tapi sekolah rendah tetap la I hantar Sekolah Kebangsaan, sebab budak2 ni xberapa fasih cakap melayu pulak. Tapi awal2 nak masuk tadika dh kena reject kan .
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 26-6-2023 09:52 AM
umo 5 tahun dah kena pandai membaca weii,
darjah 1 dah kena pandai buat esei

..darjah dua kena pandai taakul ayat tersirat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
I ada anak tadika juga. So bagi i, hak tadika tu la nak ambil budak mcmana. Buat apa nak merempan kalau anak kena reject? Maybe tadika tu ada silibus 6 tahun yg mesti kena tahu membaca. Kalau seorang xtau, P&P akan jadi lambat. Xleh la salahkan tadika.

Serius x suka dgn mentality mak bapak mcmni. Anak x pandai baca umur 5 tahun, pergi salahkan org x terima. Cuba la check balik anak tu, improve bagi dia kelas intensif supaya pandai membaca. I cakap mcmni sebab i pun ada anak 5 tahun. Punyalaaa perit nak ajar dia membaca. Tapi hari2 ajar, Alhamdulillah dah reti. Cuma x lancar. Target i, sebelum 6 tahun mesti kuasai 3M. Bukan apa, nak bagi dia lebih self-confidence. Pergi mana2, tahu baca papan tanda, nama kedai, etc. so dia akan rasa ‘selevel’ dengan kawan2 yg lain n lebih semangat pergi sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:29 AM | Show all posts
Belibis replied at 26-6-2023 10:17 AM
..darjah dua kena pandai taakul ayat tersirat.

kan,kalau zaman kita dulu baru terkial2 nak membaca hahaha,
zaman skrg ni serba pantas,anak umo 4 tahun kena ajar kenal huruf dah,

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.050457 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list