CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang Lagi Anggota TUDM Dilaporkan Maut

26-6-2023 12:54 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 994| Komen: 9

Tampin: Seorang lagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan meninggal dunia selepas dikatakan terkena bom lempar yang meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini.


Menerusi perkongsian di laman Facebook Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, beliau mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Laporan terdahulu Harian Metro

"Mendapat perkhabaran duka kejadian letupan bom lempar yang mengorbankan seorang jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran Dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan (INSTAR) semasa latihan menembak senjata dan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, petang tadi.

"Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.

"Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuan-Nya jua," katanya.


Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang anggota TUDM maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, semalam.

Difahamkan dua jurulatih lagi parah dalam kejadian jam 12 tengah hari ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 26-6-2023 01:36 AM
Laahh. Sebelum tido meols baca sorang je meninggal. Terbangun pegi toilet dgn feed anak bulu meols, baca2, dah meninggal sorang lagi. Salam takziah. Apa agaknya yg sebenarnya terjadi yaa
Quote B40tastePosh 26-6-2023 01:38 AM
Meletup semasa nak lempar ke?

Zaman dah canggih pun masih hire tentera dan main lempar lempar bom ke?
Quote Manjahati 26-6-2023 01:47 AM
Takziah…sedih baca news.moga keluarga arwah kuat semangat
Quote Supersirap 26-6-2023 06:39 AM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote mimi_ayu 26-6-2023 08:19 AM
Takziah pd keluarga mangsa
Nmpknya blom kluar details mcm mana kejadian blh berlaku
Quote elzy 26-6-2023 08:31 AM
Salam takziah.. Kalau kecuaian silalah ambil perhatian sewajarnya..
Quote RinIna 26-6-2023 12:24 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. salam takziah
Quote Kitty_catz 26-6-2023 01:58 PM
salam takziah
Quote sukacactus 26-6-2023 02:14 PM
Salam takziah kepada semua yg terlibat

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.031713 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top