Walaupun hubungan cinta sebelum ini terputus di tengah jalan, vokalis kumpulan Kristal iaitu Ewal Ismail berkata, sebagai 'rocker' sejati tidak perlu dia bersedih lama-lama. Ujarnya, semua yang terjadi sudah aturan takdir dan Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
"Sekarang fokus saya pada karier kerana undangan persembahan nyanyian pun masih membangun sangat. Saya fikir lebih baik berikan tumpuan pada mencari duit dulu dan stabilkan ekonomi. "Saya pun belum terfikir lagi nak bercinta buat masa ini. Saya selesa dengan kehidupan solo dan banyak benda juga yang saya nak buat. Apatah lagi, undangan persembahan menyanyi solo pun banyak diterima," katanya. Ewal sebelum ini pernah bertunang dengan Adda atau nama sebenarnya, Nur Syuhada Baharuddin, 35, yang ketika itu berstatus ibu tunggal dua anak pada 10 September tahun lalu.
Pemilik nama sebenar, Ikhwal Hafiz Ismail itu mendedahkan masih menjalin hubungan baik dengan bekas tunangnya juga penyanyi Adda Baharuddin, walaupun wanita itu sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya pada hujung tahun lalu.
|
Carcosa replied at 25-6-2023 09:03 PM
Geli geleman la pun tgk rambut ko bergulung2 mcm tsunami gaya itu. Tapi disebabkan ko ala2 claim roc ...
ADVERTISEMENT