View: 644|Reply: 7
|
'Kita 'Rocker' Mana Boleh Kecewa Lama' - Ewal
[Copy link]
|
|
Walaupun hubungan cinta sebelum ini terputus di tengah jalan, vokalis kumpulan Kristal iaitu Ewal Ismail berkata, sebagai 'rocker' sejati tidak perlu dia bersedih lama-lama.
Ujarnya, semua yang terjadi sudah aturan takdir dan Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
"Sekarang fokus saya pada karier kerana undangan persembahan nyanyian pun masih membangun sangat. Saya fikir lebih baik berikan tumpuan pada mencari duit dulu dan stabilkan ekonomi.
"Saya pun belum terfikir lagi nak bercinta buat masa ini. Saya selesa dengan kehidupan solo dan banyak benda juga yang saya nak buat. Apatah lagi, undangan persembahan menyanyi solo pun banyak diterima," katanya.
Ewal sebelum ini pernah bertunang dengan Adda atau nama sebenarnya, Nur Syuhada Baharuddin, 35, yang ketika itu berstatus ibu tunggal dua anak pada 10 September tahun lalu.
Pemilik nama sebenar, Ikhwal Hafiz Ismail itu mendedahkan masih menjalin hubungan baik dengan bekas tunangnya juga penyanyi Adda Baharuddin, walaupun wanita itu sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya pada hujung tahun lalu.
Baginya, tiada sebab untuk dia bermusuh atau berdendam dengan Adda termasuk abangnya, Rody juga pemain gitar Kristal kerana sedar antara mereka sememangnya tidak berjodoh.
"Alhamdulillah, hingga sekarang hubungan saya bersama Rody dan Adda tetap sangat baik dan profesional. Kami tiada masalah langsung selepas apa yang berlaku kerana masing-masing bersikap matang.
"Adda sendiri masih lagi datang ke studio saya untuk melakukan rakaman lagu 'cover' dan sebagainya kerana kami bekerja secara profesional. Kami pun bukan budak-budak lagi," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
dah rhoper pun macam pondan tak siap keluar pukul 1 malam berjalan2 tepi lorong haji taib... mana la pompuan kutub utara tu tak cancel...
patutnya rocker jaga la penampilan... bukannya jadi perempuan berkelamin palsu... rocker rambut panjang ni dah so 1980an dah fesyen rambut panajng gitu siap siram2 teh tarik di hujung2 nak bagi ada warna karat...
coldplay tu elok jah semua berambut pendek... kemas jah sampai berduyun2 nak pergi konsert theyols..
|
|
|
|
|
|
|
|
Geli geleman la pun tgk rambut ko bergulung2 mcm tsunami gaya itu. Tapi disebabkan ko ala2 claim rocker kan, walaupun ber bibir pink basah lipgloss brand Safi, rambut gulung2 kau tu mcm wave ombak rindu jah |
|
|
|
|
|
|
|
Rambut kepuk2 lg claimed rockers |
|
|
|
|
|
|
|
tak menahan.. brand safi chuols bg kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|