"Setiap kali lalu jalan ini (Jalan Lingkaran Tengah 2) memang ada kenangan. "Lebih-lebih lagi tempat abang (Datuk A. Rahman Hassan) jatuh pitam disebuah stesen minyak disitu dan dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia,".
Demikian kata pelakon yang juga balu kepada penyanyi, Allahyarham Datuk A. Rahman iaitu Datin Fadilah Mansor mengimbas kenangan sedih dilaluinya. Ditemui pada majlis resepsi rakannya, penyanyi Datuk Siti Fairuz dan pasangannya, Syed Mohamed Syed Ismail di Grand Barakah Hotel (GBH) di sini malam tadi, Fadilah berkata, kehidupannya diteruskan seperti biasa tanpa pasangan disayangi. "Seronok tengok Siti Fairuz bertemu jodoh, ada terasa lah juga nak duduk atas pelamin. Perasaan itu (ingin) berkahwin ada juga. Selepas arwah (A. Rahman) meninggal saya tak pernah bercinta dengan sesiapa. "Orang nak bercinta dengan saya itu adalah. Tak dinafikan memang ada tapi hati saya belum terbuka. Namun kalau nak kata ada lagi, itu ketentuan Allah.
"Saya tak berani nak cakap nak atau tidak dan itu semua saya serahkan kepada Allah. Kalau kata tak nak, esok tiba-tiba orang tengok saya kahwin, lain pula jadinya," katanya. Terdahulu, A. Rahman meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019. Allahyarham berkahwin dengan Fadilah pada 25 Disember 2014. Fadilah, 65, yang mesra panggilan Kak Chik mengambil keputusan berpindah keluar dari kediaman Allahyarham A. Rahman di Taman Sri Ukay Ampang dan tinggal dengan anaknya di Rawang. "Saya akan berulang alik ke ibu kota jika ada urusan kerja. Alhamdulillah... hubungan dengan bekas anak-anak tiri iaitu Khir dan Az juga okey. "Mereka faham tugas Ma (mama) mereka. Saya pun faham dengan tugas mereka. Mereka sangat baik dengan saya," katanya. Dalam perkembangan sama, Fadilah mendoakan agar jodoh dan rumah tangga Siti Fairuz dan Syed Mohamed berkekalan sehingga ke jannah. "Kita doakan yang baik-baik untuk kawan-kawan kita," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Binodino replied at 25-6-2023 03:35 PM
Kenapa bekas anak tiri pulak? Patutnya takde istilah bekas anak tiri since dah jadi mahram muabbad
Shahman86 replied at 25-6-2023 04:17 PM
Betul la bekas anak tiri..tu ank dato dgn 1st wife dia..
ADVERTISEMENT