CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1175|Reply: 5

'Hati Saya Belum Terbuka' - Fadilah

[Copy link]
Post time 25-6-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode
"Setiap kali lalu jalan ini (Jalan Lingkaran Tengah 2) memang ada kenangan.


"Lebih-lebih lagi tempat abang (Datuk A. Rahman Hassan) jatuh pitam disebuah stesen minyak disitu dan dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia,".


Demikian kata pelakon yang juga balu kepada penyanyi, Allahyarham Datuk A. Rahman iaitu Datin Fadilah Mansor mengimbas kenangan sedih dilaluinya.






Ditemui pada majlis resepsi rakannya, penyanyi Datuk Siti Fairuz dan pasangannya, Syed Mohamed Syed Ismail di Grand Barakah Hotel (GBH) di sini malam tadi, Fadilah berkata, kehidupannya diteruskan seperti biasa tanpa pasangan disayangi.


"Seronok tengok Siti Fairuz bertemu jodoh, ada terasa lah juga nak duduk atas pelamin. Perasaan itu (ingin) berkahwin ada juga. Selepas arwah (A. Rahman) meninggal saya tak pernah bercinta dengan sesiapa.


"Orang nak bercinta dengan saya itu adalah. Tak dinafikan memang ada tapi hati saya belum terbuka. Namun kalau nak kata ada lagi, itu ketentuan Allah.


"Saya tak berani nak cakap nak atau tidak dan itu semua saya serahkan kepada Allah. Kalau kata tak nak, esok tiba-tiba orang tengok saya kahwin, lain pula jadinya," katanya.


Terdahulu, A. Rahman meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019.


Allahyarham berkahwin dengan Fadilah pada 25 Disember 2014.


Fadilah, 65, yang mesra panggilan Kak Chik mengambil keputusan berpindah keluar dari kediaman Allahyarham A. Rahman di Taman Sri Ukay Ampang dan tinggal dengan anaknya di Rawang.


"Saya akan berulang alik ke ibu kota jika ada urusan kerja. Alhamdulillah... hubungan dengan bekas anak-anak tiri iaitu Khir dan Az juga okey.


"Mereka faham tugas Ma (mama) mereka. Saya pun faham dengan tugas mereka. Mereka sangat baik dengan saya," katanya.


Dalam perkembangan sama, Fadilah mendoakan agar jodoh dan rumah tangga Siti Fairuz dan Syed Mohamed berkekalan sehingga ke jannah.


"Kita doakan yang baik-baik untuk kawan-kawan kita," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2023 03:09 PM | Show all posts
Betul lah tu.. soal jodoh ni jgn ckp lebih2... Kite xtau nanti tiba2 teringin nak berpasangan pulak kan... Baguslah dia ni.  Suka tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bekas anak tiri pulak? Patutnya takde istilah bekas anak tiri since dah jadi mahram muabbad
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape datin keluar dari umah tu???
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 25-6-2023 03:35 PM
Kenapa bekas anak tiri pulak? Patutnya takde istilah bekas anak tiri since dah jadi mahram muabbad

Betul la bekas anak tiri..tu ank dato dgn 1st wife dia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Shahman86 replied at 25-6-2023 04:17 PM
Betul la bekas anak tiri..tu ank dato dgn 1st wife dia..

Once dh jadi anak tiri, akan kekal mahram seumur hidup...sama mcm mertua & menantu..x kira la cerai ke mati ke..status tu tetap sama..haram kawin sampai bila2...so there's no such thing as bekas anak tiri or bekas mertua/menantu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.250669 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list