Penyanyi rap, MK mengakui tidak terkilan apabila rakan baiknya, Tuju tidak menghadiri majlis pernikahan dan persandingannya minggu lalu. Pemilik nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan itu berkata, kehadiran K-Clique sudah cukup memberi erti dan memeriahkan majlis berkenaan.
MK percaya, Tuju turut mendoakan kebahagiaannya dari jauh. "Ketiadaan Tuju diisi dengan kehadiran anggota K-Clique yang lain. Saya hormati keputusan dia untuk tidak hadir. Saya juga peraya dia medoakan kebahagiaan saya. "Saya masih menganggap Tuju sebagai seorang saudara kerana kami pernah melalui susah dan senang bersama. Saya tidak tahu khabarnya namun saya juga tidak menyimpan sebarang perasaan negatif terhadapnya," katanya kepada mStar. MK melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihannya Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pada 16 Jun lalu di Ampang, Selangor. Majlis pernikahan dan resepsi penyanyi ini dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan anggota kumpulan K-Clique yang turut bertindak sebagai ‘dulang boys’. Bagaimanapun ketiadaan Tuju menjadi persoalan selepas sekian lama mereka dilihat tidak berhubung atau muncul bersama dalam mana-mana persembahan. Sementara itu mengulas tentang gambar dia bersama isteri di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan, kata MK dia membawa Hajaar ke sana bagi memenuhi hajat kerana tidak dapat melangsungkan pernikahan di lokasi itu.
|
Perawankota replied at 25-6-2023 11:19 PM
Aku tertanya2 apa punca dorg gaduh
EriaDoritis replied at 26-6-2023 07:31 AM
Gaduh pasal contact.
Tapi yang salahnya manager tu. Dia yang bagi contract berbeza-beza.
Dan salah ...
EriaDoritis replied at 26-6-2023 08:48 PM
Dalam lagu TujuLoca tajuk BNKR dia spill the tea. Siap ada vn dengan manager tu dlm lagu tu
ADVERTISEMENT