CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1342|Reply: 7

Tiada Dendam Tuju Tak Hadir Hari Bahagia

[Copy link]
Post time 25-6-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi rap, MK mengakui tidak terkilan apabila rakan baiknya, Tuju tidak menghadiri majlis pernikahan dan persandingannya minggu lalu.


Pemilik nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan itu berkata, kehadiran K-Clique sudah cukup memberi erti dan memeriahkan majlis berkenaan.







MK percaya, Tuju turut mendoakan kebahagiaannya dari jauh.


"Ketiadaan Tuju diisi dengan kehadiran anggota K-Clique yang lain. Saya hormati keputusan dia untuk tidak hadir. Saya juga peraya dia medoakan kebahagiaan saya.


"Saya masih menganggap Tuju sebagai seorang saudara kerana kami pernah melalui susah dan senang bersama. Saya tidak tahu khabarnya namun saya juga tidak menyimpan sebarang perasaan negatif terhadapnya," katanya kepada mStar.






MK melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihannya Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pada 16 Jun lalu di Ampang, Selangor.


Majlis pernikahan dan resepsi penyanyi ini dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan anggota kumpulan K-Clique yang turut bertindak sebagai ‘dulang boys’.


Bagaimanapun ketiadaan Tuju menjadi persoalan selepas sekian lama mereka dilihat tidak berhubung atau muncul bersama dalam mana-mana persembahan.


Sementara itu mengulas tentang gambar dia bersama isteri di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan, kata MK dia membawa Hajaar ke sana bagi memenuhi hajat kerana tidak dapat melangsungkan pernikahan di lokasi itu.


  



“Kami merancang untuk bernikah di sana, namun disebabkan ada halangan tertentu niat tersebut tidak kesampaian. Jadi saya bawa isteri ke sana untuk penuhi hajat.


“Kami sempat meluangkan masa solat Maghrib dan Isyak di sana,” ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tertanya2 apa punca dorg gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols saspek si loca b jd yoko ono..
Xnak colab n go solo tu biasa lah kan..
Tapi masalah event personal pun xpergi..
Padahal kawan lama dah n some diorg bau2 bacang kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EriaDoritis at 27-6-2023 09:31 AM
Perawankota replied at 25-6-2023 11:19 PM
Aku tertanya2 apa punca dorg gaduh


Gaduh pasal contract.
Tapi yang salahnya manager tu. Dia yang bagi contract berbeza-beza.
Dan salah sendiri jugak sebab main sign mengkhinzir buta
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
EriaDoritis replied at 26-6-2023 07:31 AM
Gaduh pasal contact.
Tapi yang salahnya manager tu. Dia yang bagi contract berbeza-beza.
Dan salah ...

Ooo kisahnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 04:11 PM | Show all posts
kira betul la theyols bergaduh yach...
lagipun elok lah tuju tu tak hadir... dah la rhoperr macam kutub selatan jah...

merosakkan pemandangan majlis je nanti...

ni majlis perkahwinan nokkk bukan acara kebudayaan orang asli...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam lagu TujuLoca tajuk BNKR dia spill the tea. Siap ada vn dengan manager tu dlm lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
EriaDoritis replied at 26-6-2023 08:48 PM
Dalam lagu TujuLoca tajuk BNKR dia spill the tea. Siap ada vn dengan manager tu dlm lagu tu

Tehtap nda phm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.076168 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list