CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

160,000 Jemaah Tanpa Permit Haji Diarah Berpatah Balik

24-6-2023 09:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1822| Komen: 14

Makkah: Pasukan keselamatan menumpaskan 83 kempen haji palsu dan mengarahkan kira-kira 160,000 jemaah yang ingin menunaikan haji tanpa permit supaya berpatah balik.

Berucap pada sidang media semalam, Pengarah Keselamatan Awam dan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammed Al-Bassami, berkata lebih 5,800 individu ditahan kerana melanggar peraturan termasuk mereka yang bekerja dan menetap di Makkah.


Beliau menegaskan, pegawai keselamatan tidak berdepan sebarang cabaran dalam ibadat haji memandangkan mereka bersiapsiaga sepenuhnya dengan pemeriksaan dilakukan secara lebih intensif di lapangan.

Gambar hiasan

Menurut Al-Bassami, pelan keselamatan yang diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Abdulaziz bin Saud untuk tahun ini adalah penting bagi kelancaran urusan haji.


"Pelan am untuk tugas dan tanggungjawab pegawai keselamatan awam bagi ibadat haji termasuk meningkatkan kesiapsiagaan sepenuhnya untuk menghadapi semua perkara.

"Ini termasuk pelanggaran keselamatan atau ketenteraman dan mencegah semua tindakan yang menjejaskan keselamatan serta keselamatan tetamu Allah SWT," katanya.

Turut diperkukuhkan, pemeriksaan di lapangan untuk memastikan pemantauan semua kes dan tindak balas pantas terhadap kes kecemasan serta langkah pencegahan terhadap jenayah membabitkan penyeluk saku dan sebarang isu lain yang menjejaskan keselamatan jemaah haji.

Pengarah Keselamatan Awam berpandangan, anggota keselamatan menguruskan tugas memantau solat Jumaat dengan cekap, ia antara cabaran berikutan kehadiran paling ramai jemaah haji di Makkah, berbanding 26,000 jemaah yang kini berada di Madinah.

Beliau berkata, peningkatan kawalan keselamatan turut diperketat di pintu masuk Makkah bagi memastikan tiada jemaah haji tanpa permit yang lolos.

Komander Pasukan Kecemasan Khas di Presidensi Keselamatan Negara, Mejar Jeneral Mohammed Al-Amri, berkata di pihaknya, pasukan kecemasan bukan saja ditempatkan di Makkah, Madinah dan tempat suci sekitarnya, tetapi turut berada di semua lokasi untuk menjaga keselamatan awam.

Dalam pada itu, Komander Pasukan Pasport Umrah, Mejar Jeneral Saleh Al-Murabba, berkata pelan jabatannya lengkap dan teratur sepenuhnya.

Jelas beliau, 1,604,772 jemaah tiba untuk menunaikan ibadah haji, termasuk 238,708 jemaah yang berada di bawah inisiatif 'Makkah Route', bermatlamat memastikan pengalaman haji mereka menjadi lebih mudah. - Agensi


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-6-2023 09:48 PM
Naaaahhh

Siapa yang salah?
Quote TabletSusu 24-6-2023 09:55 PM
kumpulan jemaah malaysia ada yg terlibat ke?
Quote shamsadis 24-6-2023 10:00 PM
orang kata kenapa nak buat Haji kena mohon visa, dah tu, kalau takder visa, berjuta umat scramble 1 tempat, mati
Quote botok 24-6-2023 11:44 PM
Sedangkan orang local/pemastaudin pun nak kena apply permit nak buat haji... Apatah lagi org luar... Permit haji utk local pun bukan murah2. Boleh tahan juga harganya... Itu yg jadi persoalan lagu mana kat Tour agency kat msia ni boleh offer upah badal haji murah... X masuk dek akal... Kena scam saja...
Quote renko 24-6-2023 11:52 PM
Apa cite mamat oku jalan kaki tu?
Quote addamnor 25-6-2023 12:02 AM
botok replied at 24-6-2023 11:44 PM
Sedangkan orang local/pemastaudin pun nak kena apply permit nak buat haji... Apatah lagi org luar... ...

Badal haji boleh buat utk multiple person kah? Kalau boleh,  logik lah rate 2-3k per head, xmurah tak mahal dah tu
Quote botok 25-6-2023 01:33 AM
addamnor replied at 25-6-2023 12:02 AM
Badal haji boleh buat utk multiple person kah? Kalau boleh,  logik lah rate 2-3k per head, xmurah  ...

1 musim haji hanya utk seorang sahaja. Ibadat haji ada masa dan tarikh yg tertentu untuk dilaksana. 9-13 zulhijjah tu mmg dah pack... Dari arafah ke muzdalifah ke mina.
Kalau badal umrah logik lah boleh buat banyak kali selagi larat sebab tiada had masa dan tarikh tertentu.

Quote botok 25-6-2023 01:43 AM
Nusuk.JPG
Ini baru bayaran tasreh masyair sahaja, belum lagi lain2 kos... Makan, minum, lodging, transport, upah. Kalau rm2-3k tu mmg sukar nak percaya...

Quote makiting 25-6-2023 02:07 AM
botok replied at 25-6-2023 01:43 AM
Ini baru bayaran tasreh masyair sahaja, belum lagi lain2 kos... Makan, minum, lodging, transport, u ...

Itulah… saya dah lama musykil dgn yg buat badal haji ni.. berapa ramai yg diaorg upah utk buat badal

Sekarang lg dah mahal harga tasreh..

“Adapun dalam permaslahan bagi seseorang yang mengerjakan badal haji untuk beberapa individu dalam satu haji, hukumnya adalah tidak sah badal tersebut kerana badal haji itu hanya untuk satu orang sahaja. Dengan kata lain, seseorang itu dibolehkan untuk mengerja badal haji bagi seorang individu sahaja dalam satu tahun”

Quote CatMiow 25-6-2023 04:05 AM
shamsadis replied at 24-6-2023 10:00 PM
orang kata kenapa nak buat Haji kena mohon visa, dah tu, kalau takder visa, berjuta umat scramble 1  ...

Betul. Dah tu yang tak de ilmu kata,meninggal dalam ibadah tu dah macam tinggi maqam pula dari meninggal sebab lain.

Tengok live haji, pack sangat tahun ni.
Quote ninja boy 25-6-2023 11:28 AM
Zaman dulu2 boleh le menyelit2 haji tiap tahun ada org tu dulu kerja Arab Saudi 7-8x haji menyelit tahun <2009
Quote krustykrab 25-6-2023 12:37 PM
makiting replied at 25-6-2023 02:07 AM
Itulah… saya dah lama musykil dgn yg buat badal haji ni.. berapa ramai yg diaorg upah utk buat ba ...

Pelik gak..kalau mcm tu knp badal haji murah. Mcm tk masuk akal. Sia sia kot waris bg duit tp haji arwah tk sah.

Knp ye if dh mati still nk kna buatkn haji utk arwah sedangkn ibadah haji tu hanya utk yg berkemampuan saja. Iols dgr ceramah katanya sb hutang pd Allah. Tp kalau syarat haji tu pun utk yg mampu saja mcm mana blh jatuh hutang
Quote Belibis 25-6-2023 01:20 PM
addamnor replied at 25-6-2023 12:02 AM
Badal haji boleh buat utk multiple person kah? Kalau boleh,  logik lah rate 2-3k per head, xmurah  ...

Tak boleh..satu orang badal untuk satu nama jer.meman scammer la kalau upah 2500 tu.
Quote ilacantik 25-6-2023 01:32 PM
botok replied at 24-6-2023 11:44 PM
Sedangkan orang local/pemastaudin pun nak kena apply permit nak buat haji... Apatah lagi org luar... ...

Itulah kan. Yang bestnya, berleluasa pulak tu, bukan setakat badal haji, badal umrah pun ada.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.197497 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top