View: 1525|Reply: 14
|
160,000 Jemaah Tanpa Permit Haji Diarah Berpatah Balik
[Copy link]
|
|
Makkah: Pasukan keselamatan menumpaskan 83 kempen haji palsu dan mengarahkan kira-kira 160,000 jemaah yang ingin menunaikan haji tanpa permit supaya berpatah balik.
Berucap pada sidang media semalam, Pengarah Keselamatan Awam dan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammed Al-Bassami, berkata lebih 5,800 individu ditahan kerana melanggar peraturan termasuk mereka yang bekerja dan menetap di Makkah.
Beliau menegaskan, pegawai keselamatan tidak berdepan sebarang cabaran dalam ibadat haji memandangkan mereka bersiapsiaga sepenuhnya dengan pemeriksaan dilakukan secara lebih intensif di lapangan.
Gambar hiasan
Menurut Al-Bassami, pelan keselamatan yang diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Abdulaziz bin Saud untuk tahun ini adalah penting bagi kelancaran urusan haji.
" elan am untuk tugas dan tanggungjawab pegawai keselamatan awam bagi ibadat haji termasuk meningkatkan kesiapsiagaan sepenuhnya untuk menghadapi semua perkara.
"Ini termasuk pelanggaran keselamatan atau ketenteraman dan mencegah semua tindakan yang menjejaskan keselamatan serta keselamatan tetamu Allah SWT," katanya.
Turut diperkukuhkan, pemeriksaan di lapangan untuk memastikan pemantauan semua kes dan tindak balas pantas terhadap kes kecemasan serta langkah pencegahan terhadap jenayah membabitkan penyeluk saku dan sebarang isu lain yang menjejaskan keselamatan jemaah haji.
Pengarah Keselamatan Awam berpandangan, anggota keselamatan menguruskan tugas memantau solat Jumaat dengan cekap, ia antara cabaran berikutan kehadiran paling ramai jemaah haji di Makkah, berbanding 26,000 jemaah yang kini berada di Madinah.
Beliau berkata, peningkatan kawalan keselamatan turut diperketat di pintu masuk Makkah bagi memastikan tiada jemaah haji tanpa permit yang lolos.
Komander Pasukan Kecemasan Khas di Presidensi Keselamatan Negara, Mejar Jeneral Mohammed Al-Amri, berkata di pihaknya, pasukan kecemasan bukan saja ditempatkan di Makkah, Madinah dan tempat suci sekitarnya, tetapi turut berada di semua lokasi untuk menjaga keselamatan awam.
Dalam pada itu, Komander Pasukan Pasport Umrah, Mejar Jeneral Saleh Al-Murabba, berkata pelan jabatannya lengkap dan teratur sepenuhnya.
Jelas beliau, 1,604,772 jemaah tiba untuk menunaikan ibadah haji, termasuk 238,708 jemaah yang berada di bawah inisiatif 'Makkah Route', bermatlamat memastikan pengalaman haji mereka menjadi lebih mudah. - Agensi
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Naaaahhh
Siapa yang salah? |
|
|
|
|
|
|
|
kumpulan jemaah malaysia ada yg terlibat ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
orang kata kenapa nak buat Haji kena mohon visa, dah tu, kalau takder visa, berjuta umat scramble 1 tempat, mati |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan orang local/pemastaudin pun nak kena apply permit nak buat haji... Apatah lagi org luar... Permit haji utk local pun bukan murah2. Boleh tahan juga harganya... Itu yg jadi persoalan lagu mana kat Tour agency kat msia ni boleh offer upah badal haji murah... X masuk dek akal... Kena scam saja... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa cite mamat oku jalan kaki tu? |
|
|
|
|
|
|
|
botok replied at 24-6-2023 11:44 PM
Sedangkan orang local/pemastaudin pun nak kena apply permit nak buat haji... Apatah lagi org luar... ...
Badal haji boleh buat utk multiple person kah? Kalau boleh, logik lah rate 2-3k per head, xmurah tak mahal dah tu |
|
|
|
|
|
|
|
1 musim haji hanya utk seorang sahaja. Ibadat haji ada masa dan tarikh yg tertentu untuk dilaksana. 9-13 zulhijjah tu mmg dah pack... Dari arafah ke muzdalifah ke mina.
Kalau badal umrah logik lah boleh buat banyak kali selagi larat sebab tiada had masa dan tarikh tertentu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru bayaran tasreh masyair sahaja, belum lagi lain2 kos... Makan, minum, lodging, transport, upah. Kalau rm2-3k tu mmg sukar nak percaya...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
botok replied at 25-6-2023 01:43 AM
Ini baru bayaran tasreh masyair sahaja, belum lagi lain2 kos... Makan, minum, lodging, transport, u ...
Itulah… saya dah lama musykil dgn yg buat badal haji ni.. berapa ramai yg diaorg upah utk buat badal
Sekarang lg dah mahal harga tasreh..
“Adapun dalam permaslahan bagi seseorang yang mengerjakan badal haji untuk beberapa individu dalam satu haji, hukumnya adalah tidak sah badal tersebut kerana badal haji itu hanya untuk satu orang sahaja. Dengan kata lain, seseorang itu dibolehkan untuk mengerja badal haji bagi seorang individu sahaja dalam satu tahun”
|
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 24-6-2023 10:00 PM
orang kata kenapa nak buat Haji kena mohon visa, dah tu, kalau takder visa, berjuta umat scramble 1 ...
Betul. Dah tu yang tak de ilmu kata,meninggal dalam ibadah tu dah macam tinggi maqam pula dari meninggal sebab lain.
Tengok live haji, pack sangat tahun ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu2 boleh le menyelit2 haji tiap tahun ada org tu dulu kerja Arab Saudi 7-8x haji menyelit tahun <2009 |
|
|
|
|
|
|
|
makiting replied at 25-6-2023 02:07 AM
Itulah… saya dah lama musykil dgn yg buat badal haji ni.. berapa ramai yg diaorg upah utk buat ba ...
Pelik gak..kalau mcm tu knp badal haji murah. Mcm tk masuk akal. Sia sia kot waris bg duit tp haji arwah tk sah.
Knp ye if dh mati still nk kna buatkn haji utk arwah sedangkn ibadah haji tu hanya utk yg berkemampuan saja. Iols dgr ceramah katanya sb hutang pd Allah. Tp kalau syarat haji tu pun utk yg mampu saja mcm mana blh jatuh hutang |
|
|
|
|
|
|
|
addamnor replied at 25-6-2023 12:02 AM
Badal haji boleh buat utk multiple person kah? Kalau boleh, logik lah rate 2-3k per head, xmurah ...
Tak boleh..satu orang badal untuk satu nama jer.meman scammer la kalau upah 2500 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
botok replied at 24-6-2023 11:44 PM
Sedangkan orang local/pemastaudin pun nak kena apply permit nak buat haji... Apatah lagi org luar... ...
Itulah kan. Yang bestnya, berleluasa pulak tu, bukan setakat badal haji, badal umrah pun ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|