CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kayda Pertaruh 'Len Macam', Lagu Baharu Ibarat Kelahiran Semula

24-6-2023 08:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2397| Komen: 44

Anak kepada penyanyi, Sheila Majid iaitu Kayda Aziz tampil dengan single hip-hop baharu berjudul 'Len Macam' hasil ciptaan sendiri dan komposer, DJ Ziqq.

Pemilik nama sebenar, Wan Nur Khaleda Aziz, 31, berkata, lagu tersebut umpama kelahiran semula selepas hampir setahun tidak tampil dengan naskhah baharu.



Sepanjang tempoh tersebut, Kayda banyak meluangkan masa bersama keluarga bercuti di luar negara selain merakamkan lagu baharu.

"Saya ambil masa untuk diri sendiri dengan memikirkan mengenai kehidupan dan kerjaya kerana banyak telah saya lalui dalam kehidupan peribadi dan juga profesional. Kini saya kembali dengan lebih kuat, bijak dan baik dari sebelumnya.

"Lagu ini menyaksikan transformasi saya sebagai seorang individu yang baharu dan dinaik taraf. Saya sering mendengar rakan-rakan dan keluarga menyebut ayat 'Len Macam' ketika berborak jadi saya rasakan ia idea yang bagus jika dijadikan lagu manakala melodinya pula inspirasi daripada lagu yang dibawakan oleh penyanyi Latin antarabangsa, Rosalia," katanya.



Buah tangan baharu Kayda dengan genre hip-hop ini turut menyuntik unsur pop, RNB dan juga muzik reggae bagi  menghasilkan sebuah karya yang 'easy-listening' dan 'sing-along'.

Jelasnya, dia mengambil masa 4 jam untuk merakamkan lagu tersebut dalam dua versi iaitu Melayu dan Inggeris.

Berhadapan dengan situasi dilagakan dengan rakan artis selain stigma masyrakat yang menganggap wanita perlu akur kepada lelaki, Kayda menyifatkan situasi itu sebagai cabaran untuk berjaya.

"Sepanjang berada dalam industri muzik, banyak yang telah saya lalui. Antara cabatan yang sering saya hadapi apabila dilaga-lagakan dengan rakan seindustri, manakala sebagai artis hip-hop saya juga dibandingkan dengan penyanyi rap yang ada di luar sana.


"Sebagai seorang wanita, kami sering berdepan dengan stigma dan mentaliti yang kaum hawa perlu akur kepada lelaki walaupun pintar, berbakat dan bersifat kendiri. Ini sedikit sebanyak memberikan tekanan.

"Namun, saya percaya dengan diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri selain belajar menjadi lebih matang dalam apa jua situasi. Anggaplah lagu Len Macam ini metamorfosis saya kepada Kayda yang baharu. Semoga lagu ini dapat diterima semua dan juga kepada seluruh penggemar muzik," katanya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 24-6-2023 08:48 PM
kelahiran semula apooo...
rugi jah lahir semula pun tapi lagu macam apa je ni nyahh...

karma hanak makcik shiela ni tak berapa elok kah sampai lahir semula pun gini je rhoper lagunya...

Quote Hoshhi 24-6-2023 08:54 PM
Ko sape sial
Quote dua_chzy 24-6-2023 09:26 PM
Punya buruk. Ni je hasil kau punya kerja keras?

Sedap lagik dengar lagu Zizi Kirana.
Quote gerbera.memopad 24-6-2023 10:02 PM
Len macam tak sedapnya lagu ni. Sorry.
Quote hareeeesah 24-6-2023 10:10 PM
Hahahah lagu pebenda niii
Quote alesandra 24-6-2023 10:16 PM
Nepo baby ni aku x kisah kalo btul2 ada bakat.tapi  masalahnya ini salah satu cth mcm sial ngabeh boreh
Quote jihyomelly 24-6-2023 10:21 PM
apsal nampak mcm iras2 cyst nenek si bunga…lupa omak shiela majid..cyst pun shila rosli..lebih kurang serupa
Quote kikilalapooh 24-6-2023 10:45 PM
kuat betul ngikut muka apaknya roslan aziz
Quote Goodluckdontcry 24-6-2023 11:10 PM
Len macam budus.dik...kehkehkeh
Quote chilly 25-6-2023 03:08 AM
Sampai sethn takde album sekali keluar album hmmm malas nak cakap. Tuko ajer ler tajuk lagu tu. Bagi panjang sikit. Len macam jadi lenkalitakyahkeluaralbum.
Quote Burong_Hantuk 25-6-2023 09:00 AM
                 
Quote aechae 25-6-2023 09:23 AM
Cari kerjaya lain jelah… x semestinya mak ayah dlm dunia hiburan anak kena duk dlm industri smaa.. kdg2 tu mmg kuah x tumpah ke nasi mahupun kt ats meja ke ke lantai ke..
Quote hayrin86 25-6-2023 09:45 AM

Kan.. Terbitan 90-an hingga awal 2000-an lagi bagus berbanding sekarang (termasuk Kpop)..

Quote mamastoney 25-6-2023 10:06 AM
Dia antara segelintir anak retis pompuan yg tak lawa mcm mak....sama macam ank2 nina jurengg, cat ross, lisa surirumah dan mak iti
Quote Nadiabella 25-6-2023 11:30 AM
Tak menjadi.....selalu kejadian macam gitu kan..mak apak popular berjaya..anak2 sendu
Quote 3chanceno 25-6-2023 12:01 PM
Meols gelak je baca komen2 di atas


Betul lah seperti ada yang komen, tak semestinya mak pak dlm industri music, anak pun ngikut jugak

Tak payahlah dia bergambar ala2 cover playboy magazine tu, cos sesungguhnya tak sesuai
Quote 3chanceno 25-6-2023 12:04 PM
aechae replied at 25-6-2023 09:23 AM
Cari kerjaya lain jelah… x semestinya mak ayah dlm dunia hiburan anak kena duk dlm industri smaa..  ...

Setuju sangat  kadang apak doktor, anak mendadih & ramai jugak apak polis, anak perompak & mendadih
Quote kitaserupaaa 25-6-2023 12:07 PM
Sekali dengar lagu ni macam ada vibe lagu throw it back missy elliot. Dengar sekali separuh lagu je. Tak rasa nak repeat
Quote inspektoremos21 25-6-2023 12:48 PM
Keluar la lagu apa pun memang tetap sendu dan memanjang la orang dok panggil kau anak sheila majid je.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040315 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top