View: 2387|Reply: 43
|
Kayda Pertaruh 'Len Macam', Lagu Baharu Ibarat Kelahiran Semula
[Copy link]
|
|
Anak kepada penyanyi, Sheila Majid iaitu Kayda Aziz tampil dengan single hip-hop baharu berjudul 'Len Macam' hasil ciptaan sendiri dan komposer, DJ Ziqq.
Pemilik nama sebenar, Wan Nur Khaleda Aziz, 31, berkata, lagu tersebut umpama kelahiran semula selepas hampir setahun tidak tampil dengan naskhah baharu.
Sepanjang tempoh tersebut, Kayda banyak meluangkan masa bersama keluarga bercuti di luar negara selain merakamkan lagu baharu.
"Saya ambil masa untuk diri sendiri dengan memikirkan mengenai kehidupan dan kerjaya kerana banyak telah saya lalui dalam kehidupan peribadi dan juga profesional. Kini saya kembali dengan lebih kuat, bijak dan baik dari sebelumnya.
"Lagu ini menyaksikan transformasi saya sebagai seorang individu yang baharu dan dinaik taraf. Saya sering mendengar rakan-rakan dan keluarga menyebut ayat 'Len Macam' ketika berborak jadi saya rasakan ia idea yang bagus jika dijadikan lagu manakala melodinya pula inspirasi daripada lagu yang dibawakan oleh penyanyi Latin antarabangsa, Rosalia," katanya.
Buah tangan baharu Kayda dengan genre hip-hop ini turut menyuntik unsur pop, RNB dan juga muzik reggae bagi menghasilkan sebuah karya yang 'easy-listening' dan 'sing-along'.
Jelasnya, dia mengambil masa 4 jam untuk merakamkan lagu tersebut dalam dua versi iaitu Melayu dan Inggeris.
Berhadapan dengan situasi dilagakan dengan rakan artis selain stigma masyrakat yang menganggap wanita perlu akur kepada lelaki, Kayda menyifatkan situasi itu sebagai cabaran untuk berjaya.
"Sepanjang berada dalam industri muzik, banyak yang telah saya lalui. Antara cabatan yang sering saya hadapi apabila dilaga-lagakan dengan rakan seindustri, manakala sebagai artis hip-hop saya juga dibandingkan dengan penyanyi rap yang ada di luar sana.
"Sebagai seorang wanita, kami sering berdepan dengan stigma dan mentaliti yang kaum hawa perlu akur kepada lelaki walaupun pintar, berbakat dan bersifat kendiri. Ini sedikit sebanyak memberikan tekanan.
"Namun, saya percaya dengan diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri selain belajar menjadi lebih matang dalam apa jua situasi. Anggaplah lagu Len Macam ini metamorfosis saya kepada Kayda yang baharu. Semoga lagu ini dapat diterima semua dan juga kepada seluruh penggemar muzik," katanya.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
kelahiran semula apooo...
rugi jah lahir semula pun tapi lagu macam apa je ni nyahh...
karma hanak makcik shiela ni tak berapa elok kah sampai lahir semula pun gini je rhoper lagunya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Punya buruk. Ni je hasil kau punya kerja keras?
Sedap lagik dengar lagu Zizi Kirana. |
|
|
|
|
|
|
|
Len macam tak sedapnya lagu ni. Sorry. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahah lagu pebenda niii |
|
|
|
|
|
|
|
Nepo baby ni aku x kisah kalo btul2 ada bakat.tapi masalahnya ini salah satu cth mcm sial ngabeh boreh |
|
|
|
|
|
|
|
apsal nampak mcm iras2 cyst nenek si bunga…lupa omak shiela majid..cyst pun shila rosli..lebih kurang serupa |
|
|
|
|
|
|
|
kuat betul ngikut muka apaknya roslan aziz |
|
|
|
|
|
|
|
Len macam budus.dik...kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sethn takde album sekali keluar album hmmm malas nak cakap. Tuko ajer ler tajuk lagu tu. Bagi panjang sikit. Len macam jadi lenkalitakyahkeluaralbum. |
|
|
|
|
|
|
|
Cari kerjaya lain jelah… x semestinya mak ayah dlm dunia hiburan anak kena duk dlm industri smaa.. kdg2 tu mmg kuah x tumpah ke nasi mahupun kt ats meja ke ke lantai ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. Terbitan 90-an hingga awal 2000-an lagi bagus berbanding sekarang (termasuk Kpop)..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia antara segelintir anak retis pompuan yg tak lawa mcm mak....sama macam ank2 nina jurengg, cat ross, lisa surirumah dan mak iti |
|
|
|
|
|
|
|
Tak menjadi.....selalu kejadian macam gitu kan..mak apak popular berjaya..anak2 sendu |
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 25-6-2023 09:23 AM
Cari kerjaya lain jelah… x semestinya mak ayah dlm dunia hiburan anak kena duk dlm industri smaa.. ...
Setuju sangat kadang apak doktor, anak mendadih & ramai jugak apak polis, anak perompak & mendadih |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali dengar lagu ni macam ada vibe lagu throw it back missy elliot. Dengar sekali separuh lagu je. Tak rasa nak repeat |
|
|
|
|
|
|
|
Keluar la lagu apa pun memang tetap sendu dan memanjang la orang dok panggil kau anak sheila majid je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|