CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Maut, Tiga Anak Cedera, Myvi Kemalangan Dengan Treler

24-6-2023 04:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1065| Komen: 9

Gerik: Sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah treler di Kilometer 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa, di sini, hari ini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Che Ros Che Hassan berkata, nahas turut menyebabkan kecederaan kepada tiga penumpang lain Perodua Myvi dinaiki pasangan itu yang kesemuanya kanak-kanak.

Keadaan Perodua Myvi yang terbabit kemalangan di KM 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa, hari ini. FOTO ihsan JBPM Perak

Beliau berkata, panggilan kejadian diterima jam 1.10 tengah hari tadi dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.

Katanya, nahas membabitkan Perodua Myvi dengan sebuah lori treler muatan simen namun pemandu treler selamat.

"Terdapat lima mangsa menaiki Perodua Myvi iaitu pasangan suami isteri selain tiga kanak-kanak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.


"Dua mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan di tempat kejadian. Lelaki yang memandu treler berkenaan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi bomba tamat jam 2.45 petang.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 24-6-2023 05:17 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Ct3WBf-JiZX/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]
Quote noor2 24-6-2023 05:22 PM
Ya Allah..innalillah...kesiannya anak2
Quote sukacactus 25-6-2023 06:18 AM
Myvi potong tak lepas di garisan berkembar, so malas nak ckp byk
Quote noor2 25-6-2023 07:02 AM
sukacactus replied at 25-6-2023 06:18 AM
Myvi potong tak lepas di garisan berkembar, so malas nak ckp byk

Bukan memotong....tapi hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan....mungkin mengantuk
Quote green~tea 25-6-2023 07:07 AM
Allahu Akbar... semua anak2 selamat... siannya budak2 tu
Quote ultra78 25-6-2023 07:14 AM
Kejadian pukul 1 ptg. Mungkin microsleep
Quote ketambangkang 26-6-2023 03:31 PM
ade akak masukkan video kat tt masa eksiden baru berlaku..nampak kaki arwah isterinya terjuntai keluar & ade anak dia terduduk tengah jln pakai tshirt merah, eksiden yg ni ka?
Quote Burong_Hantuk 26-6-2023 04:04 PM
innalillah......
Quote imanjannah 26-6-2023 05:50 PM
innalillahwainnalillahirojiun..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.133508 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top