View: 862|Reply: 9
|
Suami Isteri Maut, Tiga Anak Cedera, Myvi Kemalangan Dengan Treler
[Copy link]
|
|
Gerik: Sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah treler di Kilometer 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa, di sini, hari ini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Che Ros Che Hassan berkata, nahas turut menyebabkan kecederaan kepada tiga penumpang lain Perodua Myvi dinaiki pasangan itu yang kesemuanya kanak-kanak.
Keadaan Perodua Myvi yang terbabit kemalangan di KM 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa, hari ini. FOTO ihsan JBPM Perak
Beliau berkata, panggilan kejadian diterima jam 1.10 tengah hari tadi dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.
Katanya, nahas membabitkan Perodua Myvi dengan sebuah lori treler muatan simen namun pemandu treler selamat.
"Terdapat lima mangsa menaiki Perodua Myvi iaitu pasangan suami isteri selain tiga kanak-kanak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
"Dua mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan di tempat kejadian. Lelaki yang memandu treler berkenaan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi bomba tamat jam 2.45 petang.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah..innalillah...kesiannya anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Myvi potong tak lepas di garisan berkembar, so malas nak ckp byk |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 25-6-2023 06:18 AM
Myvi potong tak lepas di garisan berkembar, so malas nak ckp byk
Bukan memotong....tapi hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan....mungkin mengantuk |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu Akbar... semua anak2 selamat... siannya budak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian pukul 1 ptg. Mungkin microsleep |
|
|
|
|
|
|
|
ade akak masukkan video kat tt masa eksiden baru berlaku..nampak kaki arwah isterinya terjuntai keluar & ade anak dia terduduk tengah jln pakai tshirt merah, eksiden yg ni ka? |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|