Alif Muhaimin mendekatkan diri dengan ilmu agama bagi mempersiapkan diri untuk bergelar suami pada Sabtu nanti. Kata pelakon dan juara Hero Remaja 2017/2018 ini sejak sebulan lalu, dia memperbanyakkan amalan sunat selain memperbetulkan bacaan ayat suci al-Quran.
"(Amalan) wajib pun sejujurnya kadang-kadang tertinggal juga dan kena qada balik. Jadi, sebulan sebelum berkahwin ini saya cuba untuk awalkan waktu solat dan menunaikan ibadah sunat lain. "Selain itu, saya perbanyakkan mengaji al-Quran sebab bila dah kahwin nanti nak membimbing isteri dan keluarga. Sebutan dan lafaz perlu betul," katanya kepada Gempak.
|
Binodino replied at 23-6-2023 10:34 PM
Siapa kau? Terlalu sendu untuk aku kenal
ADVERTISEMENT