CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1891|Reply: 14

Alif Muhaimin Sertai Tabligh, Banyakkan Amalan Sunat, Mengaji Dan Betulkan Tajwid Sebelum Kahwin

[Copy link]
Post time 23-6-2023 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Alif Muhaimin mendekatkan diri dengan ilmu agama bagi mempersiapkan diri untuk bergelar suami pada Sabtu nanti.


Kata pelakon dan juara Hero Remaja 2017/2018 ini sejak sebulan lalu, dia memperbanyakkan amalan sunat selain memperbetulkan bacaan ayat suci al-Quran.


Foto: IG




"(Amalan) wajib pun sejujurnya kadang-kadang tertinggal juga dan kena qada balik. Jadi, sebulan sebelum berkahwin ini saya cuba untuk awalkan waktu solat dan menunaikan ibadah sunat lain.


"Selain itu, saya perbanyakkan mengaji al-Quran sebab bila dah kahwin nanti nak membimbing isteri dan keluarga. Sebutan dan lafaz perlu betul," katanya kepada Gempak.




  



  



Tambah Alif lagi, dia pernah mengikuti kumpulan tabligh di sekitar Pantai Dalam dan Bangsar selain belajar mengaji al-Quran bersama kumpulan sokongan secara atas talian.


"Selain belajar sendiri, saya ada juga ikut panduan mengaji secara online di Instagram, mereka ada buat mengaji al-Quran online.




  



"Kadang-kadang kalau bersama dengan kumpulan tabligh, saya sertai sama mengaji al-Quran selepas solat Dhuha hingga tengah hari. Dari situ boleh perbetulkan tajwid," katanya.


Alif bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Nur Fatin Alissa Azam pada Sabtu ini selepas mengikat tali pertunangan pada 29 Oktober 2022. -CARI

  



Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 10:28 PM | Show all posts
pulok doh.. hujung2 bila dah kahwin nanti tudung2 bini pun terbang dengan dia sekali pergi berhimpit kat konsert blackpink... choiii...

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa kau? Terlalu sendu untuk aku kenal
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa muka pompan tu pelik?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 23-6-2023 10:34 PM
Siapa kau? Terlalu sendu untuk aku kenal

Dia ni selalu gak belanja body kat IG dan TIKTOK
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia menang HR ke? Igtkan peserta je. Terlalu sendu sampai dah lupa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2023 10:56 AM | Show all posts
alipblastoff? whoareyousss? ko ni porumer nama @blastoff tu ker hah noreeen
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh ko yg tak pakai baju tu selalu bersenam bawah jalan tu tepi sungai klang. Ko dok kampung tata ke hahahaha. Baguslah ada ilmu agama dalam dada. Cuma nak istiqomah tu lah kan kita semua ni susah sikit. Takpe lah slow²
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedara watie ke... Gambar bfday tu bakal isteri dia mcm muka wati. Hahaha.

Dia ni yg belakon kaku nak mati kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
harapnya heols betul la berubah for good. Jangan propa sebab nak kawen sajork
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadoi.. gambar2 buka baju tak tutup aurat for men ni i think mmg fail la.. lelaki punya aurat punya la mudah nk tutup. Tp tu pun fail, so nope nope nope
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 08:22 AM | Show all posts
yer la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 08:29 AM | Show all posts
tak yah la dik..bakalan bini tu tak lawo mana pun... yuckk.. beria..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:16 AM | Show all posts
ooo waktu bebird terbang dulu pun nama dia tak naik kan

sebab nekcik kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:22 AM | Show all posts
Cari ustaz, belajar agama, masuk kelas baca Quran pun dah ok dah
Dah smp nak join tabligh bagai knp
Hujung2 ko tayang aurat jugak dlm majalah
Terpalinggggg nak jadi suami mithali kunun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.236201 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list