Perkongsian di akaun rasmi Facebook Istana Negara memaparkan kemesraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mencuri perhatian warganet.
Dalam gambar dikongsikan itu, kelihatan baginda berdua berpegangan tangan di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi ketika berangkat bersama menziarahi makam dan Raudhah Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W., semalam. “Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta solat-solat sunat di pekarangan makam Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. “Turut berangkat sama, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. “Selesai solat Isyak, baginda berdua disertai Raja Permaisuri Agong dan Tengku Permaisuri Selangor membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W,” katanya. Al-Sultan Abdullah dan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menziarahi makam dan Raudhah Junjungan Mulia Nabi Muhammad di Masjid Nabawi, Madinah. Ujarnya, ianya turut disusuli dengan keberangkatan ke Raudhah Nabi Muhammad S.A.W untuk menunaikan solat sunat di situ. Tambahnya lagi, Seri Paduka berdua serta delegasi juga dijadualkan berangkat ke Kota Suci Mekah hari ini, untuk menunaikan ibadah haji. Terdahulu, Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua telah diadakan di Istana Negara, Rabu lalu. Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor pula berangkat ke Tanah Suci pada Selasa bagi menunaikan ibadah haji hingga 4 Julai depan. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Moyangkucing replied at 23-6-2023 09:39 PM
Sejuk hati tengok tuanku berdua.
Tapi kenapa tetiba jer nampak sultan selangor ni amat letih dan tua ...
naina replied at 23-6-2023 09:11 PM
Buat haji ke deme2 tu
Untunglah marhaen bersesak2 nak mampus
Line kuning sentiasa dapat keistimewaan ...
naina replied at 23-6-2023 10:11 PM
Buat haji ke deme2 tu
Untunglah marhaen bersesak2 nak mampus
Line kuning sentiasa dapat keistimewaan ...
grouper: Untungla masuk raudhah x payah ...
grouper replied at 23-6-2023 11:45 PM
Untungla masuk raudhah x payah bersesak tunggu lama nak masuk...dengar cite skang kena pkai apps nak ...
ADVERTISEMENT