CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1578|Reply: 12

Comel Agong Pegang Tangan Sultan Selangor Di Madinah

[Copy link]
Post time 23-6-2023 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Perkongsian di akaun rasmi Facebook Istana Negara memaparkan kemesraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mencuri perhatian warganet.


Dalam gambar dikongsikan itu, kelihatan baginda berdua berpegangan tangan di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi ketika berangkat bersama menziarahi makam dan Raudhah Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W., semalam.




FB




“Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta solat-solat sunat di pekarangan makam Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.


“Turut berangkat sama, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.




FB




“Selesai solat Isyak, baginda berdua disertai Raja Permaisuri Agong dan Tengku Permaisuri Selangor membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.


Al-Sultan Abdullah dan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menziarahi makam dan Raudhah Junjungan Mulia Nabi Muhammad di Masjid Nabawi, Madinah.


Ujarnya, ianya turut disusuli dengan keberangkatan ke Raudhah Nabi Muhammad S.A.W untuk menunaikan solat sunat di situ.




FB




Tambahnya lagi, Seri Paduka berdua serta delegasi juga dijadualkan berangkat ke Kota Suci Mekah hari ini, untuk menunaikan ibadah haji.


Terdahulu, Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua telah diadakan di Istana Negara, Rabu lalu.


Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor pula berangkat ke Tanah Suci pada Selasa bagi menunaikan ibadah haji hingga 4 Julai depan.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejuk hati tengok tuanku berdua.
Tapi kenapa tetiba jer nampak sultan selangor ni amat letih dan tua... selalunya nampak ceria dan segar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Moyangkucing replied at 23-6-2023 09:39 PM
Sejuk hati tengok tuanku berdua.
Tapi kenapa tetiba jer nampak sultan selangor ni amat letih dan tua ...

Lps balik haji ni nak pegi london pulak chuols. Nak buat laser kat bahagian prostate dia. Rasanya ada baca kat ig selangor royal official tu. So mmg dia tak berapa sihat kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat haji ke deme2 tu
Untunglah marhaen bersesak2 nak mampus
Line kuning sentiasa dapat keistimewaan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 23-6-2023 09:11 PM
Buat haji ke deme2 tu
Untunglah marhaen bersesak2 nak mampus
Line kuning sentiasa dapat keistimewaan ...

Tu lah rezeki sebagai pembesar negara.. rasanya x usik
kuota 31k tu.. harap2 lah.. diorg ada special privilege.. ummah biasa mmg kena la tunggu giliran..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 23-6-2023 10:11 PM
Buat haji ke deme2 tu
Untunglah marhaen bersesak2 nak mampus
Line kuning sentiasa dapat keistimewaan ...

Depa ni selalu jd tetamu negara kt sana kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2023 11:16 PM | Show all posts
Seronoknya dpt gi haji. Moga ada rezeki lain kali
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungla masuk raudhah x payah bersesak tunggu lama nak masuk...dengar cite skang kena pkai apps nak msuk raudhah ni..kiranya x payah tunggu lama la kan sbb pakai apps ni mcm booking gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2023 05:01 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper: Untungla masuk raudhah x payah ...


Ye...guna app nama NUSUK. Umrah pun guna app yang sama juga. Tapi umrah polis/petugas tak berapa nak check. Masuk rawdhah ni yes ketat kena check app kat hp. Tapi banyak kelebihan guna NUSUK tu. Tak berasak sangat. Cuma masa baris tunggu giliran nak masuk memang berasak. Untuk beribadat dalam rawdhah pula cuma 15 minit saja. Tapi ikut rezeki juga rasanya..sebab ada yang dapat lebih daripada 15 minit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
So sweet. Mcm adik dgn abg. Nmpk ikhlas sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg comelnya?..bangla tu pun jenuh pegang tgn sesama lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 07:52 AM | Show all posts
Tak perlu nak iri hati tunggu sahaja lah panggilan tuhan Allah!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 23-6-2023 11:45 PM
Untungla masuk raudhah x payah bersesak tunggu lama nak masuk...dengar cite skang kena pkai apps nak ...

Pakai apps nusuk tu pun 2x5 jer sis..bersakit idup nak masuk, serupa perang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.435063 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list