PETALING JAYA – Ramai guru yang menjadi pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 mendakwa masih belum dapat tuntutan bayaran serta upah. Seorang guru sekolah rendah, Mohd. Fadli Salleh, memuat naik beberapa tangkap layar luahan beberapa orang guru daripada kumpulan Kami Guru Malaysia (KGM).
“Dalam Islam, upah harus dibayar sebelum keringat kering. Dah la bayaran tidak setimpal dengan bebanan tugas, tuntutan bayaran yang dibuat kena potong dan lambat bayar pula. Harap Lembaga Peperiksaan Rasmi (LPM) ambil serius isu ini,” tulisnya. Difahamkan ramai guru yang mempersoalkan bilakah bayaran tersebut akan dibuat kepada mereka ekoran keputusan SPM telah pun diumumkan pada 8 Jun lalu. “Wahai tuntutan pengawas SPM 2022, adakah masih sesat lagi? Kalau macam ini, maaflah tidak akan terima lagi untuk jadi pengawas SPM tahun 2023,” tulis seorang guru.
Ada juga guru yang mendedahkan bahawa mereka hanya dibayar RM4 untuk kertas yang ada hampir seratus markah dan terdiri daripada 50 ke 60 helaian muka surat. “Keputusan sudah keluar, bayaran masih tak dapat. Begitulah kita cikgu ni diperlakukan. Bayaran sudah lah tak setimpal. Zaman dah berubah. Macam-macam tuntutan untuk menanda. “Peranti sendiri, data sendiri. Skema tak boleh dicetak. Masa menanda perlu curi-curi antara mengajar. “Yang saya terkesan sekali bila dapat tahu tentang bayaran. Kertas amali sains yang hanya ada sikit soalan, soalan penuh hanya dalam dua muka surat, jumlah markah kurang dari 20 markah, bayarannya RM3,” luah guru tersebut. Tambahnya lagi, sudah tiba masanya harga bayaran tersebut dikaji kerana sememangnya tidak adil kerana sudah memerah tenaga guru-guru seluruh Malaysia. Pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023 lalu, seramai 373,974 calon yang menduduki peperiksaan SPM di seluruh negara. Keputusan SPM 2022 yang diumumkan pada 8 Jun lalu menyaksikan seramai 10,109 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. – CARI Syumber: Kosmo
|
naina replied at 23-6-2023 08:38 AM
Laa yeke. Patut laki aku malas isi borang ritu tapi penyelia paksa jugak isi borang terima bayaran. ...
dua_chzy replied at 24-6-2023 02:05 PM
Alahai aku ingatkan sapa komplen, rupanya si Fadli ni lagi.
Aiol tak claim pun upah jadik pentaksir ...
zehra2 replied at 24-6-2023 06:12 AM
kalo tk nk claim pun kena isi borang jugek. tk nk la nyusahkn ketua.n kwn lain.
rumah pun dkt je d ...
dua_chzy replied at 24-6-2023 02:11 PM
Aiol pun sama macam laki uols. Dulu masa tahun 2019 kot, pun aiols malas claim upah sebab malas ur ...
CatMiow replied at 24-6-2023 07:18 AM
Chuols tak isi,tak takut ka nanti ada orang lain claim?
Mana tau boleh buat magik ada ka dabra.
dua_chzy replied at 24-6-2023 02:05 PM
Alahai aku ingatkan sapa komplen, rupanya si Fadli ni lagi.
Aiol tak claim pun upah jadik pentaksir ...
ciksom replied at 24-6-2023 08:11 AM
Kalau tolak je jawatan tu tak boleh ke. Tak perlu penin. Bagi je pd cikgu yg berminat.
Lagubestbest replied at 24-6-2023 08:17 AM
ada orang hidup paycheck to paycheck. walau kalau dapat jap je depa perabis, still beberapa ratus ...
CatMiow replied at 24-6-2023 03:18 PM
Chuols tak isi,tak takut ka nanti ada orang lain claim?
Mana tau boleh buat magik ada ka dabra.
dua_chzy replied at 24-6-2023 03:59 PM
Eh tak terfikir pula aiols bab ni sisi.
Harapnya idok la sebab 2021 punya claim pun aiols ...
ADVERTISEMENT