View: 2568|Reply: 33
|
Cikgu-Cikgu Mula Bengang- Upah Jadi Pengawas, Tanda Kertas SPM Masih Belum Diterima "Sudahlah Bayaran Tak Setimpal"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Ramai guru yang menjadi pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 mendakwa masih belum dapat tuntutan bayaran serta upah.
Seorang guru sekolah rendah, Mohd. Fadli Salleh, memuat naik beberapa tangkap layar luahan beberapa orang guru daripada kumpulan Kami Guru Malaysia (KGM).
“Dalam Islam, upah harus dibayar sebelum keringat kering. Dah la bayaran tidak setimpal dengan bebanan tugas, tuntutan bayaran yang dibuat kena potong dan lambat bayar pula. Harap Lembaga Peperiksaan Rasmi (LPM) ambil serius isu ini,” tulisnya.
 Foto: Kosmo
Difahamkan ramai guru yang mempersoalkan bilakah bayaran tersebut akan dibuat kepada mereka ekoran keputusan SPM telah pun diumumkan pada 8 Jun lalu.
“Wahai tuntutan pengawas SPM 2022, adakah masih sesat lagi? Kalau macam ini, maaflah tidak akan terima lagi untuk jadi pengawas SPM tahun 2023,” tulis seorang guru.
Ada juga guru yang mendedahkan bahawa mereka hanya dibayar RM4 untuk kertas yang ada hampir seratus markah dan terdiri daripada 50 ke 60 helaian muka surat.
“Keputusan sudah keluar, bayaran masih tak dapat. Begitulah kita cikgu ni diperlakukan. Bayaran sudah lah tak setimpal. Zaman dah berubah. Macam-macam tuntutan untuk menanda.
“Peranti sendiri, data sendiri. Skema tak boleh dicetak. Masa menanda perlu curi-curi antara mengajar.
“Yang saya terkesan sekali bila dapat tahu tentang bayaran. Kertas amali sains yang hanya ada sikit soalan, soalan penuh hanya dalam dua muka surat, jumlah markah kurang dari 20 markah, bayarannya RM3,” luah guru tersebut.
Tambahnya lagi, sudah tiba masanya harga bayaran tersebut dikaji kerana sememangnya tidak adil kerana sudah memerah tenaga guru-guru seluruh Malaysia.
Pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023 lalu, seramai 373,974 calon yang menduduki peperiksaan SPM di seluruh negara.
Keputusan SPM 2022 yang diumumkan pada 8 Jun lalu menyaksikan seramai 10,109 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. – CARI
Syumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Laa yeke. Patut laki aku malas isi borang ritu tapi penyelia paksa jugak isi borang terima bayaran. Dahla leceh isi macam2 minta dokumen itu ini tapi bayaran ciput je. Laki aku rela tak terima bayaran sebab malas. Tapi kalau xnk pun kena isi jugak sebab apa taknak. Hahaha macam2. So yesterday sistem kerajaan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak biar je cikgu sekolah tu sendiri yg jaga. Ada pemantau dari kpm datang check kan. Jadi tugas hakiki je la kalau taknak susah² bayar janji jgn suruh bertugas ke sekolah lain.
Kat universiti pensyarah je jaga. Kat matrik² pun sama, takde bayaran pengawas dah jd tugas hakiki. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok ditukar ke tgs hakiki je. Gaji cikgu skrg pn dh mhal bkn mcm dlu. Smua cikgu buat pnggiliran
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 24-6-2023 06:07 AM
Alahai aku ingatkan sapa komplen, rupanya si Fadli ni lagi.
Aiol tak claim pun upah jadik pentaksir. Malas. Takat berapa ratus jeh. 200 hengget pun tak sampai kot. Bukan aiol ja, ramai kengkawan tak claim upah jadik pentaksir/pengawas SPM. Malas plus ciput ja pun. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 23-6-2023 08:38 AM
Laa yeke. Patut laki aku malas isi borang ritu tapi penyelia paksa jugak isi borang terima bayaran. ...
Aiol pun sama macam laki uols. Dulu masa tahun 2019 kot, pun aiols malas claim upah sebab malas urus dokumen. Aiol bagitau ketua pengawas tapi dia kata takleh tak submit borang tuntutan nanti dia yang kena. So aiol buat juga la. Masuk duit, emmmhhh yuran tadika anak pun tak lepas.
Tahun ni aiol mentaksir paper Speaking dan ketua pengawas tu sama malas macam aiol malas ngurus2 so weols suma sepakat tak isi borang claim.  |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-6-2023 02:05 PM
Alahai aku ingatkan sapa komplen, rupanya si Fadli ni lagi.
Aiol tak claim pun upah jadik pentaksir ...
kalo tk nk claim pun kena isi borang jugek. tk nk la nyusahkn ketua.n kwn lain.
rumah pun dkt je dgn pusat peperiksaan. claim pun skit je..  |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 24-6-2023 06:12 AM
kalo tk nk claim pun kena isi borang jugek. tk nk la nyusahkn ketua.n kwn lain.
rumah pun dkt je d ...
Iya kaka tapi yang kes weols tu weols suma sepakat tak isi borang termasuk ketua pengawas, haha. |
|
|
|
|
|
|
|
LPM sibuk bayar vendor kot. Maka bayaran lain kena la tangguh/dilambat lambatkan. Bersabarlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aik adik ipaq aku dpt je duit tanda kertas spm. Dia siap buat korban lg pakai duit tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-6-2023 02:11 PM
Aiol pun sama macam laki uols. Dulu masa tahun 2019 kot, pun aiols malas claim upah sebab malas ur ...
Chuols tak isi,tak takut ka nanti ada orang lain claim?
Mana tau boleh buat magik ada ka dabra. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah tlg geng LP ni chek tuntutan..
Kesian la dorg...
1 malaysia punya claim yg chek bape org je..
Sabar jela claim lmbt.. Asal masuk dalam tahun semasa
Semua mengamuk nk tmbh pegawai..
Yg doktor nk tmbah.. Yg cikgu nk tmbah.
Tugas semak claim org skim W senduuuu...
Pastu dok sisspa asik claim lmbt masuk..
 |
|
|
|
|
|
|
|
CatMiow replied at 24-6-2023 07:18 AM
Chuols tak isi,tak takut ka nanti ada orang lain claim?
Mana tau boleh buat magik ada ka dabra.
Eh tak terfikir pula aiols bab ni sisi. 
Harapnya idok la sebab 2021 punya claim pun aiols tak buat. Diam2 je penyelia SPM daerah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tolak je jawatan tu tak boleh ke. Tak perlu penin. Bagi je pd cikgu yg berminat. |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang hidup paycheck to paycheck. walau kalau dapat jap je depa perabis, still beberapa ratus sana sini tu sgt berharga diperlukan sampai boleh bergaduh bagi depa.
|
|
|
|
|
|
|
|
ciksom replied at 24-6-2023 08:11 AM
Kalau tolak je jawatan tu tak boleh ke. Tak perlu penin. Bagi je pd cikgu yg berminat.
Masalahnya takda yang minat sis. Sebab tu biasanya jadik kes paksa rela bila nak nama. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 24-6-2023 08:17 AM
ada orang hidup paycheck to paycheck. walau kalau dapat jap je depa perabis, still beberapa ratus ...
Ye la kan. Betul juga. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-6-2023 03:59 PM
Eh tak terfikir pula aiols bab ni sisi.
Harapnya idok la sebab 2021 punya claim pun aiols ...
Rugi la uols x claim. Duit tu dah turun. Tunggu org claim saja. Ada iols dengar,kalau x claim, diorg akan claim buat bnda lain. Ni khabar angin saja ya n yg dikhabarkan tu bukan lp . Iols bygkan diorng guna tuk bercuti |
|
|
|
|
|
|
|
ipanimanz1 replied at 24-6-2023 12:51 PM
Rugi la uols x claim. Duit tu dah turun. Tunggu org claim saja. Ada iols dengar,kalau x claim, dio ...
Gituhhhhhh
Aiols malas urus dokumen apa segala noks. Hu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|