Abu Sufyan tak nak digelar ustaz atau Pencetus Ummah (PU) dan lebih selesa dikenali dengan namanya sahaja tanpa sebarang gelaran. Katanya gelaran ustaz merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul serta sangat dihormati masyarakat.
“Saya bukan ustaz dan tak layak untuk digelar sebagai seorang ustaz. Saya tukar nama dalam media sosial pun, orang ramai tetap kenal saya sebagai PU Abu. Saya lebih selesa dengan Abu atau Abu Sufyan. “Sebagai peserta yang pernah mendapat gelaran daripada sebuah rancangan televisyen, saya ambil tanggungjawab dan sedaya upaya menjaga title itu. Selama ini, saya anggap gelaran itu adalah ujian dan bukan satu anugerah,” katanya kepada Utusan. Ditanya segelintir ustaz termasuk dirinya yang pernah terpalit kontroversi, Abu berkata, ustaz juga adalah seorang manusia yang tidak lari melakukan kesalahan.
“Dia pun manusia sama sahaja. Ustaz bukan maksum dan tak terlepas daripada melakukan dosa. “Bila ada title ustaz, PU atau daie seolah-olah tidak boleh lagi melakukan dosa, sangat berat tanggungjawab itu." Jarang muncul dalam televisyen, Abu kini bertugas sepenuhnya sebagai Pengurus Operasi Arab Saudi bagi syarikat Persada Global Holidays. Bapa lima anak itu lebih banyak berada di Mekah dan Madinah atas komitmen kerja. Ditebak bagaimana mengawal diri ketika berjauhan daripada keluarga, Abu berkata, dia sudah insaf dan mengambil pengajaran terhadap setiap insiden yang berlaku dalam hidupnya. “Kita tahu sebesar-besar fitnah di dunia adalah wanita seperti sabda nabi. Saya tak nak jatuh di lubang sama. Tak nak dipatuk ular yang sama. “Sekarang adalah masa saya membina kerjaya dan nikmat yang besar kalau dapat meninggal dunia di tanah suci,” katanya yang akan berada hampir 200 hari di Arab Saudi. -CARI Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT