CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 3

Abu Sufyan Tak Nak Dipanggil Ustaz Atau PU "Bila Ada Gelaran Seolah-Olah Tidak Boleh Lagi Melakukan Dosa"

[Copy link]
Post time 23-6-2023 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Abu Sufyan tak nak digelar ustaz atau Pencetus Ummah (PU) dan lebih selesa dikenali dengan namanya sahaja tanpa sebarang gelaran.


Katanya gelaran ustaz merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul serta sangat dihormati masyarakat.


“Saya bukan ustaz dan tak layak untuk digelar sebagai seorang ustaz. Saya tukar nama dalam media sosial pun, orang ramai tetap kenal saya sebagai PU Abu. Saya lebih selesa dengan Abu atau Abu Sufyan.


“Sebagai peserta yang pernah mendapat gelaran daripada sebuah rancangan televisyen, saya ambil tanggungjawab dan sedaya upaya menjaga title itu. Selama ini, saya anggap gelaran itu adalah ujian dan bukan satu anugerah,” katanya kepada Utusan.



Foto: IG





Ditanya segelintir ustaz termasuk dirinya yang pernah terpalit kontroversi, Abu berkata, ustaz juga adalah seorang manusia yang tidak lari melakukan kesalahan.


“Dia pun manusia sama sahaja. Ustaz bukan maksum dan tak terlepas daripada melakukan dosa.


“Bila ada title ustaz, PU atau daie seolah-olah tidak boleh lagi melakukan dosa, sangat berat tanggungjawab itu."


Jarang muncul dalam televisyen, Abu kini bertugas sepenuhnya sebagai Pengurus Operasi Arab Saudi bagi syarikat Persada Global Holidays. Bapa lima anak itu lebih banyak berada di Mekah dan Madinah atas komitmen kerja.


Ditebak bagaimana mengawal diri ketika berjauhan daripada keluarga, Abu berkata, dia sudah insaf dan mengambil pengajaran terhadap setiap insiden yang berlaku dalam hidupnya.


“Kita tahu sebesar-besar fitnah di dunia adalah wanita seperti sabda nabi. Saya tak nak jatuh di lubang sama. Tak nak dipatuk ular yang sama.


“Sekarang adalah masa saya membina kerjaya dan nikmat yang besar kalau dapat meninggal dunia di tanah suci,” katanya yang akan berada hampir 200 hari di Arab Saudi. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 05:07 PM | Show all posts
then panggil kau kambing je lah nyah dah rhoper pun memang serupa kambing macam geng ko satu lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:46 PM | Show all posts
Ok bagus la kalau sedar diri. Dari sorang tu x sedar diri bini gelar pakustad pun dia buat tak tahu jek.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Bagus sedar diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.603122 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list