Syarikat tunggal pembekal elektrik negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan berlakunya perubahan terhadap jumlah tarif yang dikenakan kepada pengguna. Jelasnya, trend peningkatan berterusan apabila rekod tertinggi permintaan maksimum bekalan tenaga sebanyak 19,716 Megawatt (MW) dicatat pada 11 Mei 2023.
"Penggunaan tenaga ini dikesan meningkat bagi peralatan seperti penyaman udara dan kipas. Sekalipun cara penggunaannya sama termasuk dari segi tempoh masa dan suhu dilaraskan pada 24 darjah celcius, tenaga digunakan adalah lebih banyak berbanding bulan sebelumnya kerana sistem penyejuk bekerja lebih kuat dalam cuaca lebih panas. "Apabila jumlah kilowatt-jam (kWh) tenaga digunakan semakin meningkat, pengiraan bil akan melibatkan blok tarif lebih tinggi kadarnya, lantas pengguna akan menerima bil lebih tinggi. "Blok tarif ini tidak berubah sejak kadar sedia ada ditetapkan pada 2014," katanya dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini, ramai warganet berkongsikan kerisauan mereka terhadap peningkatan jumlah caj bil elektrik yang dikenakan terhadap kediaman mereka yang didakwa melonjak agak tinggi secara tiba-tiba. Sehubungan itu, TNB mengingatkan pengguna berkenaan kepentingan amalan penggunaan elektrik berhemah bagi pelbagai peralatan termasuk di ruang tamu, di dapur, di bilik tidur dan bilik mandi dapat membantu menjimatkan penggunaan dan mengelak pembaziran tenaga. Jelasnya, budaya penggunaan tenaga elektrik betul dan berhemah bukan sahaja perlu diamalkan dalam keadaan cuaca panas tetapi wajar menjadi amalan lazim untuk mengelak daripada penggunaan tenaga berlebihan. "Pengguna boleh melayari www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energysavingstips/tips-tricks untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik dengan bijak termasuk perkakasan seperti penyaman udara, kipas, lampu, mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar gelombang serta bagaimana membuat pemilihan barangan elektrik yang cekap tenaga," ujarnya. Menurut TNB, mereka kediamannya dipasang dengan meter pintar turut mempunyai kelebihan tambahan bagi memantau penggunaan elektrik harian dalam unit Ringgit ataupun kWh melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) ataupun aplikasi myTNB. Tambahnya, kelebihan utama meter pintar adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isi rumah. "Dengan informasi penggunaan elektrik secara harian, pengguna yang mempunyai meter pintar diberi pemerkasaan diri untuk merancang dan mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan lebih efisyen," katanya. Sumber: Majoriti |
tungkai replied at 22-6-2023 07:43 PM
Since dah ada TNB Apps tu, aku kadang2 musykil jugak sebab bila awal bulan power consumption biasa2. ...
limesherbet replied at 22-6-2023 07:47 PM
I pun. Tapi normal tu sebab harga dah lain bila masuk jumlah penggunaan tertentu.
sayurmayur88 replied at 23-6-2023 09:13 AM
entahlah, nak cakap peralatan letrik terpaksa "bekerja keras" sebb cuaca panas , rumah iolls pakai k ...
BartholomewKuma replied at 23-6-2023 10:09 AM
Berenti la buat anggaran2 cara mangkaq lagu niii. Pi rumah ke rumah serupa dulu baca meter semula la ...
fish replied at 23-6-2023 09:56 AM
bil rumah aku pun tinggi
RM97, takde aircond, takde mesin basuh... mcm2 la takde, baru pindah sbnrny ...
ADVERTISEMENT