CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1773|Reply: 33

Blok Tarif Tak Berubah, Bil Elektrik Melambung Sebab Cuaca Panas - TNB

[Copy link]
Post time 22-6-2023 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat tunggal pembekal elektrik negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan berlakunya perubahan terhadap jumlah tarif yang dikenakan kepada pengguna.


Jelasnya, trend peningkatan berterusan apabila rekod tertinggi permintaan maksimum bekalan tenaga sebanyak 19,716 Megawatt (MW) dicatat pada 11 Mei 2023.


"enggunaan tenaga ini dikesan meningkat bagi peralatan seperti penyaman udara dan kipas. Sekalipun cara penggunaannya sama termasuk dari segi tempoh masa dan suhu dilaraskan pada 24 darjah celcius, tenaga digunakan adalah lebih banyak berbanding bulan sebelumnya kerana sistem penyejuk bekerja lebih kuat dalam cuaca lebih panas.




Malay Mail




"Apabila jumlah kilowatt-jam (kWh) tenaga digunakan semakin meningkat, pengiraan bil akan melibatkan blok tarif lebih tinggi kadarnya, lantas pengguna akan menerima bil lebih tinggi.


"Blok tarif ini tidak berubah sejak kadar sedia ada ditetapkan pada 2014," katanya dalam satu kenyataan.


Baru-baru ini, ramai warganet berkongsikan kerisauan mereka terhadap peningkatan jumlah caj bil elektrik yang dikenakan terhadap kediaman mereka yang didakwa melonjak agak tinggi secara tiba-tiba.


Sehubungan itu, TNB mengingatkan pengguna berkenaan kepentingan amalan penggunaan elektrik berhemah bagi pelbagai peralatan termasuk di ruang tamu, di dapur, di bilik tidur dan bilik mandi dapat membantu menjimatkan penggunaan dan mengelak pembaziran tenaga.


Jelasnya, budaya penggunaan tenaga elektrik betul dan berhemah bukan sahaja perlu diamalkan dalam keadaan cuaca panas tetapi wajar menjadi amalan lazim untuk mengelak daripada penggunaan tenaga berlebihan.


"engguna boleh melayari www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energysavingstips/tips-tricks untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik dengan bijak termasuk perkakasan seperti penyaman udara, kipas, lampu, mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar gelombang serta bagaimana membuat pemilihan barangan elektrik yang cekap tenaga," ujarnya.




Gambar hiasan




Menurut TNB, mereka kediamannya dipasang dengan meter pintar turut mempunyai kelebihan tambahan bagi memantau penggunaan elektrik harian dalam unit Ringgit ataupun kWh melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) ataupun aplikasi myTNB.


Tambahnya, kelebihan utama meter pintar adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isi rumah.


"Dengan informasi penggunaan elektrik secara harian, pengguna yang mempunyai meter pintar diberi pemerkasaan diri untuk merancang dan mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan lebih efisyen," katanya.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah barokah smart meter TNB, TNB just naikkan value sesuka hati dari ibu pejabat office TNB, sorang pun takkan perasan kena scam dan hack, anjing cina gila pun dah tak payah nak kejar tukang kira bil TNB lagi dah

mohon Syabas pun guna smart meter air, boleh kena genjatan elektrik terus ummah, air lalu ikut dawai elektrik
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu, dah mmg lebih berbahang skarang, the aircond needs to work harder to cool the air...working harder means more energy usage.

Duh!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 22-6-2023 08:07 PM

But rumah sis glass windows sliding doors semua tinted heat projection..so siang tak lah panas sgt..so buka aircond pun xyah sejuk² low temp. Kdg tak pasang aircond pun sejuk dlm rumah..it makes big difference. But sbb rumah sis banyak glass windows & doors. Sila lah buat kat rumah uol.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:43 PM | Show all posts
Edited by tungkai at 22-6-2023 07:45 PM

Since dah ada TNB Apps tu, aku kadang2 musykil jugak sebab bila awal bulan power consumption biasa2. Lepas masuk 2nd week, tiba2 jadi double smpi la hujung bulan. Ke aku sorang aje kena camni..??



Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 22-6-2023 07:43 PM
Since dah ada TNB Apps tu, aku kadang2 musykil jugak sebab bila awal bulan power consumption biasa2. ...

I pun. Tapi normal tu sebab harga dah lain bila masuk jumlah penggunaan tertentu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2023 08:00 PM | Show all posts
limesherbet replied at 22-6-2023 07:47 PM
I pun. Tapi normal tu sebab harga dah lain bila masuk jumlah penggunaan tertentu.

Aah betul la tu. Sebab graf tu tunjuk berapa ringgit sehari penggunaan bukannya berapa consumtion per kWhr. Once dah masuk charging blok, rate pun lain..Ok clear
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 11:09 PM | Show all posts
blok tarif mmg tak berubah
mgkin standard kelajuan meter yg berubah mnjadi lebih laju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan cliche tnb setiap tahun. Asal bil mahal saja terus salahkan cuaca.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:13 AM | Show all posts
entahlah, nak cakap peralatan letrik terpaksa "bekerja keras" sebb cuaca panas , rumah iolls pakai kipas jah, tak nampak pon kipas tu pusing lagi kuat. bil lagi melambung.
kot peti ais tu kot trpaksa kerja keras dek cuaca panas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
"uki
"elir
"epek
"antat
"unggung
"yropura
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:36 AM | Show all posts
Pakai banyak, bil pun banyak gitu kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah on ac 247 , buat buat kejut tgk bill
Hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:56 AM | Show all posts
bil rumah aku pun tinggi
RM97, takde aircond, takde mesin basuh... mcm2 la takde, baru pindah sbnrnya
duduk rumah isnin-jumaat dlm 7mlm - 7 pg saja
sabtu/ahad biasanya keluar atau lepak rmh family
tu pun bil dkt 100

rumah mak aku siap ada mcm2 dryier, freezer, bilik 9, ada org kat rmh 24 jam, bil lg murah dr aku. tak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 10:02 AM | Show all posts
musim sekarang panas betul especially kul 10-12 malam tu

aku sebelum ni memang tak pakai pun air-cond tu

sekarang kalau nak lena kena buka jugak 1-2 jam time nak tido
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hangpa tak tau lagi kaaa? TNB bodo ni dia pi buat anggaran lagu ni..musim panaih org banyak pasang ekon kipas jadi kita anggar depa guna lebih dari biasa..mai kita neik kan penggunaan depa 30 persen. Tnb bodo ni tak tau pun apa hat kita ada dirumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Berenti la buat anggaran2 cara mangkaq lagu niii. Pi rumah ke rumah serupa dulu baca meter semula lagi baguih
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sayurmayur88 replied at 23-6-2023 09:13 AM
entahlah, nak cakap peralatan letrik terpaksa "bekerja keras" sebb cuaca panas , rumah iolls pakai k ...

Brg letrik lain x pakai ke?
Heater
Microwave
Puyuk nasik
Airfryer
Deepfryer
Induction cooker
Lampu tido
Washer
Dryer
Etc.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
BartholomewKuma replied at 23-6-2023 10:09 AM
Berenti la buat anggaran2 cara mangkaq lagu niii. Pi rumah ke rumah serupa dulu baca meter semula la ...

Sama je..
Cer chuols check sendiri meter dgn bil yg dia bg.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
fish replied at 23-6-2023 09:56 AM
bil rumah aku pun tinggi
RM97, takde aircond, takde mesin basuh... mcm2 la takde, baru pindah sbnrny ...

Cer ss bil chuols & mak chuols kt sini, kita sama² analyze
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056928 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list