CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Selam Hilang Di Kawasan Bangkai Titanic, Identiti Lima Penumpang Didedahkan

22-6-2023 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3752| Komen: 46

BOSTON, Massachusetts – Usaha mencari kapal selam Titan yang hilang di kawasan bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara diteruskan ketika bekalan oksigen hampir kehabisan.

New York Times melaporkan, kapal selam laut dalam yang boleh menyelam lebih 4 kilometer di bawah laut itu membawa lima penumpang semasa terputus hubungan dengan permukaan pada  Ahad lalu.


Identiti lima penumpang tersebut ialah Stockton Rush, Hamish Harding, Paul-Henri Nargeolet, Shahzada Dawood dan anak lelakinya, Suleman.


Hamish Harding (kiri atas), Stockton Rush (kanan atas), Paul-Henri Nargeolet (kiri bawah), Shahzada Dawood dan anaknya, Suleman (kanan bawah). Foto: AFP

Rush ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate Expeditions iaitu syarikat yang mengendalikan kapal selam Titan. Beliau mengemudi Titan dalam ekspedisi malang tersebut.

Rush mengasaskan Ocean Gate Expeditions pada 2009. Syarikat swasta itu berpangkalan di bandar Everett, negeri Washington.


Seorang lagi penumpang, Harding, 58, merupakan ahli perniagaan, penjelajah dan bilionair Britain, demikian menurut pengarah urusan syarikat Action Aviation, Mark Butler.

Bilionair yang mencatat namanya dalam Guinness World Records itu menulis di laman Facebooknya, Sabtu lalu bahawa dia berbangga dapat menyertai Titan itu. Hamish juga merupakan pengerusi Action Aviation iaitu sebuah syarikat jualan dan operasi udara berpangkalan di Dubai.


Foto: AFP

Nargeolet pula ialah seorang pakar maritim Perancis yang melakukan lebih 35 selaman ke lokasi Titanic. Dia ialah pengarah penyelidikan bawah air untuk RMS Titanic Inc. iaitu sebuah syarikat yang diberi hak untuk menyelamatkan bangkai kapal Titanic.

Shahzada, 48, yang merupakan ahli perniagaan berketurunan Britain-Pakistan turut berada di dalam kapal selam Titan bersama anak lelakinya yang berumur 19 tahun, Suleman. Sahzada ialah naib pengerusi syarikat Engro Corporation. Dia berasal daripada keluarga antara terkaya di Pakistan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-6-2023 12:45 PM
Semua high profile... Ada konspirasi ke?
Quote Ayda89 22-6-2023 12:45 PM
I baca kat ig katanya kapal selam ni cheapskate and mmg tak sepatutnya bawak sampai 5 penumpang. Depa bersila je kat bawah takde tempat duduk pun. Taktau la cerita sebenar
Quote prettyuglybabe 22-6-2023 01:13 PM
well.. at least dorang bukan je tengok titanic tapi dapat rasa pengalaman tu sendiri iaitu sinking..
Quote tumpanglalu74 22-6-2023 01:14 PM
Ayda89 replied at 22-6-2023 12:45 PM
I baca kat ig katanya kapal selam ni cheapskate and mmg tak sepatutnya bawak sampai 5 penumpang. Dep ...

https://www.dailymail.co.uk/news/article-12221111/Stricken-Titan-submarine-run-oxygen-12-08pm-UK-time-Coastguard-makes-prediction.html
Quote sharlenetexas 22-6-2023 01:16 PM
Hobi kami mahal.


Quote Belibis 22-6-2023 01:29 PM
Takpe..keluarga yang ditinggalkan tak perlu mengemis untuk sewa rumah.
Quote shernazz 22-6-2023 03:20 PM
Mati meninggalkan hartaaa
Quote anony-mous 22-6-2023 03:42 PM
prettyuglybabe replied at 22-6-2023 01:13 PM
well.. at least dorang bukan je tengok titanic tapi dapat rasa pengalaman tu sendiri iaitu sinking..

Hahahha ampun kan iols ketawa sbb baca komen uols
Quote nazzse 22-6-2023 03:44 PM
Perawankota: Semua high profile... Ada kons ...


Dah tu yg high profile je mampu bayar
Quote grouper 22-6-2023 04:08 PM
X tau nape org2 expert yg terlibat dlm project ni tetap teruskan ngan misi ni padahal kapal selam yg diorg pakai mmg cap ayam n byk masalah..lagipun kapal selam hanya tahan utk kedalaman 3000m je
Quote dani-rox 22-6-2023 05:11 PM
one way ticket usd250k

katanya bekalan oksigen bertahan sampai 21hb, miracle la kalau dpt ditemui. itu pun kalau penyelamat tahu cemana cara nak keluarkan penumpang2.

salah sorg anak tiri billionaire tu semlm rilek jah show off dlm socmed pergi konsert Blink 182 - mungkin malas nak berdrama bagai, tunggu duit wasiat jer lah lol
Quote iolss 22-6-2023 05:42 PM
dah jmpa ke belum??
ni lah nmnya cari nahas.
duit byk sgt xtau nk buat apa.. tgk kt utiub je sudahh. haihh
semoga cpt la jumpa.. sian lak
Quote _blackbird 22-6-2023 05:51 PM
ni ke yg quater million suicide ticket??
Quote cmf_jeangrey 22-6-2023 06:33 PM
grouper replied at 22-6-2023 04:08 PM
X tau nape org2 expert yg terlibat dlm project ni tetap teruskan ngan misi ni padahal kapal selam yg ...

Ada whistle blower, ex staff oceangate pernah bagi laporan pasal safety issue...terus kena fired then oceangate fail saman kat dia sbb defamation..dalam tahun 2018 gitu..yg lain2 teruskan sbb dibyr mahal la kot..ye la pod guna brg murah boleh beli kat amazon, tapi tiket 250k sekepala..ceo pun dah serupa scammer produk kilo


Actually ramai jugak customer yg withdraw dlm projek sebelum2 ni sbb x yakin dgn safety submersible pod ni..mintak refund ada yg x dpt lagi..kalau tgk past interview heol, punya bangga x pernah lagi terjadi insiden fatal..kalau takut mati jgn bangun dr katil katanya..ye la nak menjual kan semua pun lebih hebat dr Tuhan..terfikir jua apakah perasaan heol sekrg menunggu masa dlm tu

Quote Minami2013 22-6-2023 07:18 PM
Hobi mahal tp menyeramkan dan membahayakan nyawa. Tk sanggup den.
Quote cmf_premierleag 22-6-2023 07:21 PM
Takpe..kalo depa mati pun x menyusahkan waris2 pun..waris2 tetap dpt makan lobster alaskan king crab wagyu beef bagai cam bese
Quote syamzana 22-6-2023 07:24 PM
waris masing2 bersiap sedia dah keluar kalkulator fx-570EX
Quote grouper 22-6-2023 07:40 PM
iolss replied at 22-6-2023 05:42 PM
dah jmpa ke belum??
ni lah nmnya cari nahas.
duit byk sgt xtau nk buat apa.. tgk kt utiub je sudahh. ...

Dah jadi salvage mission bukan rescue mission dah. Klau dapat locate kapal selam tu pun xde kapal rescue yg blh selam pada kedalaman lebih 500m. Klau jumpa kat dasar lebih 3000m satu2 caranya nak salvage pun kena hantar rov tarik kable sangkut kat kapal yg hilang tu
Quote eLiaD 22-6-2023 08:45 PM
Pov: when u pay for the Titanic experience n get the full experience...


RiP

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.040729 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top