View: 3523|Reply: 46
|
Kapal Selam Hilang Di Kawasan Bangkai Titanic, Identiti Lima Penumpang Didedahkan
[Copy link]
|
|
BOSTON, Massachusetts – Usaha mencari kapal selam Titan yang hilang di kawasan bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara diteruskan ketika bekalan oksigen hampir kehabisan.
New York Times melaporkan, kapal selam laut dalam yang boleh menyelam lebih 4 kilometer di bawah laut itu membawa lima penumpang semasa terputus hubungan dengan permukaan pada Ahad lalu.
Identiti lima penumpang tersebut ialah Stockton Rush, Hamish Harding, Paul-Henri Nargeolet, Shahzada Dawood dan anak lelakinya, Suleman.
Hamish Harding (kiri atas), Stockton Rush (kanan atas), Paul-Henri Nargeolet (kiri bawah), Shahzada Dawood dan anaknya, Suleman (kanan bawah). Foto: AFP
Rush ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate Expeditions iaitu syarikat yang mengendalikan kapal selam Titan. Beliau mengemudi Titan dalam ekspedisi malang tersebut.
Rush mengasaskan Ocean Gate Expeditions pada 2009. Syarikat swasta itu berpangkalan di bandar Everett, negeri Washington.
Seorang lagi penumpang, Harding, 58, merupakan ahli perniagaan, penjelajah dan bilionair Britain, demikian menurut pengarah urusan syarikat Action Aviation, Mark Butler.
Bilionair yang mencatat namanya dalam Guinness World Records itu menulis di laman Facebooknya, Sabtu lalu bahawa dia berbangga dapat menyertai Titan itu. Hamish juga merupakan pengerusi Action Aviation iaitu sebuah syarikat jualan dan operasi udara berpangkalan di Dubai.
Foto: AFP
Nargeolet pula ialah seorang pakar maritim Perancis yang melakukan lebih 35 selaman ke lokasi Titanic. Dia ialah pengarah penyelidikan bawah air untuk RMS Titanic Inc. iaitu sebuah syarikat yang diberi hak untuk menyelamatkan bangkai kapal Titanic.
Shahzada, 48, yang merupakan ahli perniagaan berketurunan Britain-Pakistan turut berada di dalam kapal selam Titan bersama anak lelakinya yang berumur 19 tahun, Suleman. Sahzada ialah naib pengerusi syarikat Engro Corporation. Dia berasal daripada keluarga antara terkaya di Pakistan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Semua high profile... Ada konspirasi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
I baca kat ig katanya kapal selam ni cheapskate and mmg tak sepatutnya bawak sampai 5 penumpang. Depa bersila je kat bawah takde tempat duduk pun. Taktau la cerita sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
well.. at least dorang bukan je tengok titanic tapi dapat rasa pengalaman tu sendiri iaitu sinking.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe..keluarga yang ditinggalkan tak perlu mengemis untuk sewa rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mati meninggalkan hartaaa |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 22-6-2023 01:13 PM
well.. at least dorang bukan je tengok titanic tapi dapat rasa pengalaman tu sendiri iaitu sinking..
Hahahha ampun kan iols ketawa sbb baca komen uols |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota: Semua high profile... Ada kons ...
Dah tu yg high profile je mampu bayar |
|
|
|
|
|
|
|
X tau nape org2 expert yg terlibat dlm project ni tetap teruskan ngan misi ni padahal kapal selam yg diorg pakai mmg cap ayam n byk masalah..lagipun kapal selam hanya tahan utk kedalaman 3000m je |
|
|
|
|
|
|
|
one way ticket usd250k
katanya bekalan oksigen bertahan sampai 21hb, miracle la kalau dpt ditemui. itu pun kalau penyelamat tahu cemana cara nak keluarkan penumpang2.
salah sorg anak tiri billionaire tu semlm rilek jah show off dlm socmed pergi konsert Blink 182 - mungkin malas nak berdrama bagai, tunggu duit wasiat jer lah lol |
|
|
|
|
|
|
|
dah jmpa ke belum??
ni lah nmnya cari nahas.
duit byk sgt xtau nk buat apa.. tgk kt utiub je sudahh. haihh
semoga cpt la jumpa.. sian lak |
|
|
|
|
|
|
|
ni ke yg quater million suicide ticket?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada whistle blower, ex staff oceangate pernah bagi laporan pasal safety issue...terus kena fired then oceangate fail saman kat dia sbb defamation..dalam tahun 2018 gitu..yg lain2 teruskan sbb dibyr mahal la kot..ye la pod guna brg murah boleh beli kat amazon, tapi tiket 250k sekepala..ceo pun dah serupa scammer produk kilo
Actually ramai jugak customer yg withdraw dlm projek sebelum2 ni sbb x yakin dgn safety submersible pod ni..mintak refund ada yg x dpt lagi..kalau tgk past interview heol, punya bangga x pernah lagi terjadi insiden fatal..kalau takut mati jgn bangun dr katil katanya..ye la nak menjual kan semua pun lebih hebat dr Tuhan..terfikir jua apakah perasaan heol sekrg menunggu masa dlm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Hobi mahal tp menyeramkan dan membahayakan nyawa. Tk sanggup den. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe..kalo depa mati pun x menyusahkan waris2 pun..waris2 tetap dpt makan lobster alaskan king crab wagyu beef bagai cam bese |
|
|
|
|
|
|
|
waris masing2 bersiap sedia dah keluar kalkulator fx-570EX |
|
|
|
|
|
|
|
iolss replied at 22-6-2023 05:42 PM
dah jmpa ke belum??
ni lah nmnya cari nahas.
duit byk sgt xtau nk buat apa.. tgk kt utiub je sudahh. ...
Dah jadi salvage mission bukan rescue mission dah. Klau dapat locate kapal selam tu pun xde kapal rescue yg blh selam pada kedalaman lebih 500m. Klau jumpa kat dasar lebih 3000m satu2 caranya nak salvage pun kena hantar rov tarik kable sangkut kat kapal yg hilang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pov: when u pay for the Titanic experience n get the full experience...
RiP |
|
|
|
|
|
|
| |
|