Oleh : TS LOO Seorang ibu menerusi laman Facebook berkongsi kejadian kemalangan yang dialami dua tahun lalu yang hampir mengakibatkan dia kehilangan anak kecil, penulisannya berjaya dikongsi oleh seramai 150 ribu orang dalam tempoh hanya dua hari sahaja.
Ibu tersebut bernama Kelly telah menulis sebuah artikel bertajuk "Kemalangan Yang Berjarak Hanya 3 Minit Dari Rumah" - mengisahkan proses kejadian ngeri yang dialami oleh anak kandungnya " Shuan Shuan" yang nyaris kehilangan nyawa akibat kemalangan yang berlaku, ketika itu "Shuan Shuan" hanya berumur 2 bulan.
"Ketika itu, 9hb September mengikut kalender lunar orang Cina, kami pergi ke Taiping untuk hantar mak balik kerana ada urusan sembahyang di sana. Suami yang memandu kereta dan saya duduk di sebelahnya. Pada asalnya "Shuan Shuan" adalah duduk di atas kerusi khas bayi atau " baby car seat", tetapi disebabkan dia mula meroyan, maka kami pun keluarkannya dari "car seat". Walaupun sepanjang perjalanan agak lancar, tetapi dalam masa 3 minit sebelum sampai rumah, terdapat sebuah kereta Lexus yang mengekori kami tiba-tiba melanggar bahagian belakang kereta kami dengan kelajuan yang tinggi." "Pelanggaran yang memang kuat itu, mengakibatkan kereta kami berpusing secara berterusan dan akhirnya terkandas pada satu lereng berhampiran sebuah parit besar. Kalau tiada lereng tersebut, kereta kami pasti akan terus jatuh ke parit besar tersebut " Mak yang terjaga daripada tidur serta-merta mendukung anak kecil saya "Shuan Shuan" yang ketika itu sudah pengsan dan tidak sedar diri. Selepas kejadian itu berlaku, suami saya beritahu sebenarnya ketika itu Shuan Shuan telah berhenti pernafasan, dia segera melakukan bantuan penafasan CPR sepanjang perjalanan, Shuan Shuan barulah sedarkan diri. Pada mulanya Shuan Shuan dihantar ke sebuah klinik di Kuala Kurau, lalu barulah dihantar ke Hospital Taiping, dan akhirnya disebabkan tiada katil maka pun dihantar ke Hospital Besar Ipoh. Sepanjang masa itu, Shuan Shuan banyak kali tiada pernafasan, berkali-kali diselamatkan dan membuatkan ibu rasa susah hati. Akhirnya doktor beritahu kami dimana Shuan Shuan telah mengalami retakan tulang pada otak akibat hentakan yang terlalu kuat, bahagian otak banyak berdarah dan darahnya perlu dihentikan segera. Selain itu, Shuan Shuan kena menjalani CT Scan untuk memastikan perubahan pada banhagian otak, ini menyebabkan ibu amat risau anaknya yang hanya berumur 2 bulan perlu mengalami sinaran radioaktif yang tinggi, berikutan difahamkan sekali CT Scan, sinaran radioaktif yang diterima lebih seratus kali tinggi berbanding dengan X-Ray. Ketika di hospital, saya berusaha mengeluarkan sebanyak boleh susu ibu, supaya apabila Shuan Shuan bangun mempunyai susu untuk diminum. Saya tidak mahu dia terputus susu. Shuan Shuan mula diberi susu setelah 5 hari tidak sedar diri, dari guna saluran paip, botol susu sehingga sendiri menyusu. Setelah 14 hari berada di hospital, Shuan Shuan akhirnya dibenarkan keluar. Doktor pakar kanak-kanak penah berjumpa Kelly dan suaminya, dengan harapan mereka dapat berkongsi pengalaman yang dialami anak mereka Shuan Shuan agar dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa yang lain betapa pentingnya penggunaan kerusi khas bayi atau baby car seat ketika memandu. Doktor juga beritahu purata 4 hingga 5 kes kemalangan diterima oleh hospital dalam satu bulan dan mujurnya semua mangsa kanak-kanak dapat diselamatkan. Sejak berlakunya kemalangan tersebut, Kelly turut menasihatkan ibu bapa perlu menggunakan kerusi khas bayi semasa memandu kereta, kalau ketika dalam kereta, kalau bayi mula meroyan, cuma jangan sesekali mendukungnya kerana kemalangan itu tidak berbau. Tahun ini, Shuan Shuan dah berumur hampir 3 tahun, seorang bayi yang ceria dan direstui orang ramai. Meskipun bahagian otaknya kekurangan oksigen akibat kesan sampingan dan selama ini perlu ambil ubat untuk mengawal kekejangan berlaku, namun kami yakin Shuan Shuan mampu mengatasi dugaan tersebut, semoga Shuan Shuan selamat dan bahagia di masa hadapan. - CARI Infonet |
24
Bagus |
36
Marah |
22
Terkejut |
29
Sedih |
22
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
faraway1 replied at 29-10-2015 07:01 PM
kena buat cam ovc kot,
hanya dibenarkan bawak baby keluar hospital kalau
parent bawak child seat.. ...
kamil8891 replied at 30-10-2015 05:20 AM
kan kerajaan dlm proses perbincangan utk rendahkan harga baby car seat
sbb kerusi ni mmg mahal sgt. ...
faraway1 replied at 30-10-2015 10:26 PM
bila masuk keselamatan anak,
harga sepatutnya tak jadi masalah..
cuba tenguk kewangan, sure ada ...
kamil8891 replied at 31-10-2015 03:04 AM
mmg xdek masalah pon.. juz nk gtaw je
yela..kesian pd yg tidak bekemampuan..
mamacute1 replied at 30-10-2015 08:53 AM
parents pun kena tahu cara duduk betul bayi di dalam car seat dan pemilihan car seat yang betul...
...
idadzira replied at 30-10-2015 04:21 PM
baru let go 3 car seat kat karung guni. kalau ku tahu car seat jadi barang berharga cam ni mahu aku ...
faraway1 replied at 30-10-2015 10:26 PM
bila masuk keselamatan anak,
harga sepatutnya tak jadi masalah..
cuba tenguk kewangan, sure ada ...
ADVERTISEMENT