CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Spesis Rare, Nelayan Tertangkap 'Jerung Hantu' Bunting Enam Anak

21-6-2023 07:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 735| Komen: 2

TAIPEI, Taiwan – New York Post melaporkan, sekumpulan nelayan komersial secara tidak sengaja menangkap seekor ‘jerung hantu’ bunting yang sangat jarang ditemui seberat 907 kilogram di luar pantai Taiwan.


“Ia tergolong dalam keluarga jerung prasejarah dan merupakan ‘fosil hidup’ yang sangat jarang ditemui,” kata wakil Muzium Seni Laut Taiwan yang membeli tangkapan raksasa tersebut kepada portal berita Jam Press. 

“Spesies ini mempunyai kulit lut cahaya, badan merah jambu, dan ‘gigi taring jahat’,” tambahnya.


Foto: New York Post

Spesimen itu didakwa ditangkap oleh bot pukat tunda Australia di luar kawasan Perbandaran Su’ao, Taipei.

Juga dikenali sebagai jerung syaitan, ikan menyeramkan itu dinamakan demikian kerana barisan giginya yang tajam dan mempunyai kulit kelabu-merah jambu.

Walaupun wajahnya mengerikan, ikan jerung itu bukanlah ancaman kepada manusia.


Sebaliknya, ia lebih suka memburu sotong dan mangsa lain di habitatnya di dasar Lautan Hindi, Lautan Atlantik dan Pasifik, lapor National Geographic.

Panjang ikan tersebut sekitar 4.9 meter dan beratnya mencecah 799.68 kilogram sekali gus ikan jerung hantu terbesar pernah ditangkap di Taiwan.

Malangnya, ia bukan satu-satunya jerung hantu yang tersangkut secara tidak sengaja oleh pukat tunda kerana spesimen ini bunting dengan enam anak, masing-masing seberat 3.62kg dan panjang 1.21meter. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 21-6-2023 08:18 PM
Edited by antikorok at 21-6-2023 08:26 PM

Kalau dah tersilap tangkap lepaskan la balek dah la spesis rare entah2 dah masok senarai terancam dgn bunting pulek tuh. Ke memang puak2 ni leluhur ummah selera eksotik terpaling PRC jugek ni segala menda nak kedarah sampai pupus haiwan liar kat donia ni???
Quote rosedemon 22-6-2023 08:32 AM
kan lepaskan la balik sial nye puak2 ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.029822 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top