Datuk Hattan terkenang permintaan Allahyarham Rohana Jalil yang meluahkan hasrat ingin menikmati tart nanas ketika dia menziarahinya di hospital, bulan lalu. Katanya, ketika itu Rohana masih boleh berkomunikasi meskipun terlantar di atas katil malah sempat bergurau mengenai keadaannya yang hanya boleh minum susu.
"Bulan lepas saya ada pergi menziarahinya... dia masih boleh bercakap. Ketika itu dia ada beritahu nak makan kuih tart nanas. "Dia juga secara bergurau memberitahu dia sekarang hanya boleh minum susu," kata Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin, 58, kepada mStar. Mengimbau kenangan bersama penyanyi lagu Rayuanku itu, Hattan turut terkenang arwah pernah memberi hadiah sebuah topi yang dibeli di Itali dan masih lagi dalam simpanannya. "Saya bergurau saja minta dia beli topi mafia. Tak sangka masa balik dia cakap dah belikan topi itu. Bila saya hendak bayar dia tolak pula.
"Saya masih simpan topi itu dan akan gunakan masa buat persembahan dan ia kenangan indah buat saya," katanya. Sementara itu, Haiza, 43, yang juga merupakan rakan rapat Rohana berkata dia sempat melawat arwah sebanyak dua kali semasa arwah dirawat di hospital. Kongsinya arwah juga sempat meluahkan rasa sayang ketika itu malah pelbagai pesanan sepanjang perkenalan mereka juga antara yang dipegang sehingga ke hari ini. "Masa raya keenam saya dapat mesej daripada Kila, arwah ingin berjumpa dengan saya. Ketika tiba di hospital dia minta untuk saya duduk rapat dengannya... dia nak cium saya. Dia cakap dia sayang saya. "Saya duduk sebelah dia pegang tangan dia... masa itu dia masih sihat lagi sehinggalah saya dapat mesej lagi sekali yang tentang keadaan dia yang lemah tapi stabil. "Kali kedua saya datang itu nampak perubahan dia terlalu drastik," ujarnya. Dalam pada itu, Jaffar Onn, 71, pula berkata dia tidak akan melupakan kenangan saat diberi kesempatan berduet dengan arwah semasa sihatnya. Jelasnya Jaafar, mereka selalu digandingkan bersama memandangkan menerima pemintaan daripada pihak penganjur majlis berkenaan. "Setiap kali majlis kahwin atau persembahan, saya mesti akan berduet dengan dia. Saya rasa itu satu kepuasan yang saya dapat lakukan bersama. "Walaupun ada orang cakap kenapa dia selalu berduet dengan saya sedangkan... saya ini tak beri apa-apa pun pada dia," kongsinya. Sumber: mStar
|
SANKURIANG replied at 21-6-2023 04:06 PM
Haiza tu bila ada kematian artis veteran, terus ngaku rakan baik…phuiiii senang betul nak masuk fra ...
SalenaGomez replied at 21-6-2023 07:54 PM
Harap xde stesen tibi call dato ni tanya pasal arwah
SANKURIANG replied at 21-6-2023 08:24 PM
Tb tak call, tap dia up kan cerita areah Kak Ana nak makan kuih tart la pulak. Pasal topi la...dah ...
ADVERTISEMENT