CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Rohana Jalil Kesal, Nak Tuntut Keadilan Terhadap Pihak Cuai Ketika Pembedahan Bariatrik

21-6-2023 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12224| Komen: 135

Jahangir Khan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuai ketika melakukan pembedahan bariatrik terhadap Allahyarham isterinya, Rohana Jalil yang didakwa menjadi penyebab kematian penyanyi itu.


Jahangir, 66, bagaimanapun berkata, terdapat beberapa perkara perlu diteliti terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil sebarang tindakan bagi menuntut keadilan.



Suami Rohana Jalil Cadang Ambil Tindakan Terhadap Pihak Cuai Ketika Pembedahan Bariatrik

"Kalau ikutkan hati memang nak ambil tindakan tetapi buat masa sekarang ini masih belum tahu lagi sebab perlu berbincang dari banyak sudut.

"Kami pun perlu mencari individu yang pakar dalam bidang berkenaan. Kita ikut langkah demi langkah," katanya kepada mStar.

Jahangir berkongsi mengenai perkara itu selepas pengebumian Rohana di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya pada Rabu.


Rohana menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.33 malam Selasa akibat kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor.

Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini, pengurus kepada Rohana dikenali sebagai Jepun mendakwa antara punca penyanyi itu mengalami ujian berat itu adalah disebabkan pembedahan bariatrik yang dilakukan dua tahun lalu di hospital berlainan bagi merawat masalah gastrik.

Tambah Jahangir meskipun sedikit kesal dengan apa yang berlaku, namun dia menganggap pemergian isteri tercinta adalah satu ketentuan Allah.

"Nak rasa ralat pun dah tak guna. Perkara sudah terjadi. Ini adalah takdir dari Allah," ujarnya.


Jenazah Rohana selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya.

Mengimbau kenangan bersama Rohana, Jahangir menyifatkan Allahyarham sebagai seorang isteri yang baik dan jarang berlaku pergaduhan besar sepanjang 40 tahun mereka hidup bersama.

"Saya bagaikan masih boleh dengar suara dan gelak tawanya. Lebih 40 tahun hidup bersama, jarang berlaku masalah besar. Kami hidup bahagia dan dia adalah seorang isteri yang baik.

"Terlalu banyak kenangan manis bersama arwah untuk saya ceritakan," kongsinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 21-6-2023 02:56 PM
hmmm punca dr potong usus le ni
ramai menyesal potong usus sbb ada komplikasi lain
michael ang pun gastrik teruk lepas potong usus
Quote cikatilia 21-6-2023 02:58 PM
aku mcm baca dia diet kaw kaw so kena gastrik then gastrik tu bawak ke bariatic to bocor usus.. huhuhu
Quote zuriey 21-6-2023 03:02 PM
Mesti yg dah buat bariatrik tu tak lena tido lps baca byk kes2 kematian
Quote prettyuglybabe 21-6-2023 03:07 PM
sendiri yang pilih untuk buat bariatrik..
i guess doktor gomen takkan sewenang-wenang bagi suggestion untuk bariatrik untuk masalah gemuk..
kalau private tu maybe la asalkan mendatangkan duit..
ujung-ujung dah masalah gi gomen jugak..
Quote ira_229 21-6-2023 03:08 PM
mesti yg dah buat bariatic skrg dah rasa resah..
dietlah secara sihat bukan meyeksa badan sendiri..
Quote Heydidle 21-6-2023 03:14 PM
Edited by Heydidle at 21-6-2023 03:17 PM
prettyuglybabe replied at 21-6-2023 03:07 PM
sendiri yang pilih untuk buat bariatic..
i guess doktor gomen takkan sewenang-wenang bagi suggestio ...


Doc gomen mmg takkan buat kalau sbb kosmetik semata. Kalau gastrik pun x bg suggestion bariatric. Risiko sgt tinggi. Yg buat atas nasihat doc, doc akan prep betul2 sebelum n jaga selepas.
Doc private ni janji duit masuk, dah sign consent dia buat je.
Quote dudaberhias 21-6-2023 03:23 PM
saman je lah kalau mampu...
tapi kalau arwah buat tu semata2 untuk kecantikan hmmm taktau lah nak kata macam mana...

sebab dia pun tak gemuk pun... badan ok je...

pelik jugak kenapa tiba2 di suruh buat bariatric sebab gastrik je...

Quote PinkyPie 21-6-2023 03:29 PM
Hanya mampu berserah
Quote dewi_rina 21-6-2023 03:35 PM
Jahangir ni pakistan ke bangla?
Quote moonela 21-6-2023 03:41 PM
dewi_rina replied at 21-6-2023 03:35 PM
Jahangir ni pakistan ke bangla?

Khan biasanya Pakistan.. Tapi yang ni rupa lebih kepada Bangla

Pakistan biasa kulit cerah tapi ada je yang macam kulit melayu
Quote dudaberhias 21-6-2023 03:44 PM
Heydidle replied at 21-6-2023 03:14 PM
Doc gomen mmg takkan buat kalau sbb kosmetik semata. Kalau gastrik pun x bg suggestion bariatric.  ...

khen... dalam punya banyak rawatan hujung2 yang paling mahal potong perut tu jugak doktor tu suggest...
padahal ada banyak cara lain lagi yach...

especially kalau nak kurus tu nak ikat perut pun boleh, letak belon pun boleh... hujung2 di suggest jugak potong perut... aiyooo...
pengsan dan seriau iols membayangkan...


Quote selipar_hijau 21-6-2023 03:46 PM
Bahaya ye rupanya buat bariatrik ni
Quote cahaya_almas 21-6-2023 03:48 PM
Tak tahu pulak dah meninggal..mcm baru je baca dia masih skt....smlm ke meninggal ni?
Quote dewi_rina 21-6-2023 03:49 PM
moonela replied at 21-6-2023 07:41 AM
Khan biasanya Pakistan.. Tapi yang ni rupa lebih kepada Bangla

Pakistan biasa kulit cerah t ...

Bangla pun ada khan, nama dia mcm staff mydin.. Bangla mari, tu yg i tanya sebab ada ramai bangla tapi claim pakistan
Quote Tudungpink 21-6-2023 03:50 PM
Ramai buat bariatrik ni
Quote moonela 21-6-2023 03:51 PM
dewi_rina replied at 21-6-2023 03:49 PM
Bangla pun ada khan, nama dia mcm staff mydin.. Bangla mari, tu yg i tanya  sebab ada ramai  ...

Kannn.. Tengok macam bangla mari.. Pakistan biasa yang jual perabot, carpet.. Biasa kulit cerah macam pelakon Bollywood tu
Quote dewi_rina 21-6-2023 03:51 PM
cahaya_almas replied at 21-6-2023 07:48 AM
Tak tahu pulak dah meninggal..mcm baru je baca dia masih skt....smlm ke meninggal ni?

Meninggal 11.33 malam tadi
Quote dewi_rina 21-6-2023 03:53 PM
moonela replied at 21-6-2023 07:51 AM
Kannn.. Tengok macam bangla mari.. Pakistan biasa yang jual perabot, carpet.. Biasa kulit cerah ma ...

I pun saspek bangla mari, tapi dia dulu polis kan..
Quote anony-mous 21-6-2023 03:53 PM
Nk saman pon x guna sbb klinik2 mcm ni pndai cari loophole. Belum apa2 kita dah kena sign agreement

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.202693 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top