Oleh Adib Za
Suatu petang anda berada di pondok bas dan terdengar perbualan dua orang pelajar perempuan yang lebih senior, sedang membuli juniornya. Dengan kata-kata yang kesat dan menyakitkan hati, ia bukan sahaja memberi kesan emosi yang mendalam, malah membuatkan si mangsa berasa kurang yakin bila berhadapan orang lain. Persoalannya, apakah tindakan anda sebagai orang awam di situ yang melihat dan mendengar adegan kurang sihat itu? Baru-baru ini, menjadi perhatian di laman sosial, sebuah video yang menunjukkan kes buli yang melibatkan pelajar senior dan junior.
Seperti biasa, mereka yang senior berasa lebih 'superior' lalu melontarkan pelbagai kata-kata 'hencapan' dan kutukan seperti 'Suara kau macam babi" dan sebagainya. Menariknya, video ini memaparkan suatu yang pasti membuatkan anda berasa terharu. Kebanyakan orang awam yang berada di situ mengambil kesempatan dengan menegur dan menghentikan perbuatan buli di situ. Ada yang bertindak memberi teguran dan sesetengahnya mengambil pendekatan memujuk mangsa buli. Jangan lupa menonton video ini. Sekali lagi pertanyaan, apakah tindakan anda jika melihat situasi buli yang sama? - CARI Infonet |
23
Bagus |
17
Marah |
16
Terkejut |
28
Sedih |
20
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
JohnPuteh replied at 29-10-2015 03:13 PM
jangan cakap zaman sekolah..masa kerja pun masih ramai pembuli..
red_cattleya replied at 30-10-2015 12:56 AM
dok buli2 org tak takut anak2 pulak ke yg kena
JohnPuteh replied at 30-10-2015 09:26 AM
dah betul lah tu..takut anak2 dia mewarisi sifat membuli mcm parent dia..my elders selalu pesan pe ...
ADVERTISEMENT