Iwan Syahman tidak mahu hidup dalam penuh kemewahan kerana lebih banyak ujian bakal ditempuh kelak. Katanya dia lebih selesa hidup dalam kesederhanaan dan sentiasa berdoa agar istiqamah melakukan kerja dakwah.
“Kita perlu hidup sederhana dan jangan minta mewah. Kita berdoa jangan minta kaya sebab ujiannya lebih besar. Itu yang saya pernah lalui dahulu. “Ujian itu yang mengajar kita supaya jangan jadi macam dulu lagi. Itu sebab pentingnya istiqamah dan saya selalu berdoa agar Allah SWT tetapkan hati berada pada jalan ini. Inilah dia kerja dakwah dalam mencari maksud kehidupan,” katanya kepada Utusan. Ditanya pernah lupa diri ketika kemuncak karier pada 1990an, pemilik nama lengkap Wan Syahman Wan Yunus berkata, dia pernah hanyut seketika dengan pelbagai nikmat dan ujian yang datang. “Bila banyak duit macam-macam ujian datang dan kehendak, dari kiri dan kanan termasuk ujian perempuan,” katanya.
Iwan antara empat selebriti ditaja syarikat terbabit untuk menunaikan umrah bersama tiga artis lain iaitu Mel Wings, Ali XPDC dan dR Sam. Dalam pada itu, Iwan turut memberitahu dia pernah terlepas peluang menunaikan umrah sebanyak tiga kali sebelum ini. Katanya, peluang tersebut gagal ditunaikan disebabkan oleh beberapa faktor seperti masalah dokumen untuk visa disebabkan dirinya masih berstatus penduduk tetap di negara ini. “Pernah juga disebabkan masalah Covid-19. “Kali ini, dengan izin Allah, saya berangkatlah. Insha Allah semoga dipermudahkan urusan saya bersama ejen pelancongan ini,” katanya. -CARI Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT