CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaafar Onn Paling Rapat Dengan Rohana, Pernah Bawa Arwah Dan Anak-Anaknya Bercuti Di Paris

21-6-2023 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1244| Komen: 4

Jaafar Onn, 71, ketika ditemui berkata, dia dengan Rohana Jalil ada pertalian darah di sebelah bapa, sekali gus menjadikan dia rakan artis yang paling terkesan dengan pemergian penyanyi itu.

"Kehilangan arwah itu memang lebih terasa. Saya dengan dia memang sangat rapat dan rumah kami pun dekat. Kami selalu juga keluar makan bersama," katanya.



Jaafar yang juga penyanyi dan pelakon itu berkata, dia tidak akan melupakan kenangan mereka ketika keluar dan meluangkan masa bersama itu. Katanya, dia tidak pernah meninggalkan arwah dan sentiasa bersamanya.

"Kami biasa keluar dan meluangkan masa bersama. Memang saya akan ingat sampai bila-bila sebab saya tak pernah meninggalkan dia dan selalu ada bersamanya dalam pelbagai acara.

"Saya juga pernah bawa arwah dan anak-anaknya bercuti di Paris. Kami banyak luangkan masa di sana. Arwah juga sangat pemurah dan tidak pernah berkira mengenai harta benda," katanya.


Jaafar berkata, Rohana juga selalu memberi nasihat kepadanya supaya sentiasa menjaga kesihatan dan ia akan menjadi antara perkara diingatinya sampai bila-bila.


IG

Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi di sisi suami, anak-anak dan keluarga.

Jenazah disolat di Masjid Al-Falah USJ9, pada jam 11 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, di sini, tengah hari.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 21-6-2023 01:52 PM
Arwah dengan Pak J.O memang sahabat baik. Since weols kecik lagi dah selalu nampak deyoll berdua kat tv.
Quote marchikobonzo 21-6-2023 04:15 PM
JO ni memang percaya, bukan nak mencapub, sb dari kecik nampak diorang selalu sama..
Quote Ahriman 21-6-2023 04:58 PM
Edited by Ahriman at 21-6-2023 05:00 PM

Meols ingat time ajl..arwah kak ana nyanyi "Jangan Main Mata" abng JO jadi backup dancer menari merapu..
Quote ina_na 21-6-2023 05:08 PM
Yg ni mmg percaya..acik noraniza tu X caya..Kalo bff sakit tentu ko trs p tgk .dah la arwah sakit dr bulan 4.. nampak nau propa nye..banyak gak rancangan2 dl2 nampak JO gan arwah..usik mengusik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.086137 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top