Tular video di sebuah laman Facebook memaparkan penyanyi Shila Amzah sedang menyembang dengan tunangnya, pempengaruh Ubai menerusi satu sesi live. Dalam live itu, mereka berbincang mengenai kursus kahwin dan Shila mmepersoalkan tindakan Ubai mengikuti kursus praperkahwinan sedangkan ketika itu tiada niat untuk berkahwin.
Ubai pula kelihatan hairan apabila Shila mendakwa individu yang sudah bercerai tidak perlu mengikuti semula kursus berkenaan. “Untuk apa orang yang pernah kahwin pergi kursus kahwin lagi? Dia dah tahu dalam perkahwinan tu perlu ada apa dan bila dia keluar dari perkahwinan itu, dia dah tahu apa yang kena ada dan yang tak perlu ada,” jelas Shila. Susulan itu, Ubai mempersoalkan tindakan lelaki yang sudah mengambil kursus kahwin tetapi tidak memberi nafkah. “Habis tu, kenapa ada sorang laki tu, dah pergi kursus kahwin pun tak tahu? Beranak pulak... Mangkuk hayun nafkah tak bagi apa semua, apa masalah dia?” ujar Ubai.
FB Kelihatan Ubai sedang 'panas' ketika bercerita mengenali lelaki terbabit dan intonasinya berubah semakin tinggi, namun dikawal shila dengan mengingatkan kata-katanya itu boleh menjadi tajuk utama. “Sayang Headline,” kata Shila. Siapa lelaki yang disebutkan Ubai itu? Bekas suami kepada Shila ke? - CARI
|
anilanil replied at 21-6-2023 01:44 PM
Shibai ni tak reti nak whatsup call personal ke? Semua benda nak record. Kalo lawa cam amir ahnaf-an ...
ADVERTISEMENT