Industri seni malam tadi kehilangan sebutir bintang, malah masih ramai peminat dan rakan artis juga masih dalam keadaan tidak percaya dengan khabar pemergian penyanyi Rohana Jalil. Penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat menziarahi Allahyarham semasa sedang di rawat di hospital sejak April lalu.
Kongsi Noraniza, kali terakhir dia bertemu dengan arwah pada sebuah program malah memuji penyanyi Rayuanku itu sebagai insan yang baik sebagai teman. "Dia seorang yang baik, sentiasa beri bimbingan dan jujur orangnya. Saya tak sangka dia ada penyakit kronik seperti itu. "Cuma saya terkilan sebab tak dapat bertemu dengan dia kerana ada kekangan masa sampailah saya dapat tahu dia telah pergi. "Kali terakhir saya bertemu di sebuah program tapi pun sekejap sahaja tidak dapat berbual lama," katanya.
Sementara itu, sahabat baik Rohana iaitu penyanyi Azizul Khamis berkata, kali terakhir dia bertemu dengan pelantun Rayuanku itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhrinya pada malam Selasa. Azizul bagaimanapun memberitahu dia sebelum ini sempat meluangkan masa beberapa kali bersama Allahyarham sekali gus reda dengan pemergian insan yang banyak membantunya sepanjang berada di dunia hiburan. "Saya jumpa dia sebelum dia hembuskan nafas terakhir, tapi Ahad sebelum ini saya ada melawat dia. Saya sempat mengurut kaki dia... Masa itu saya tengok dia masih kuat lagi. "Saya ada bantu dia tunaikan solat. Dia pun ada ucap terima kasih kerana bantu dia solat ketika itu. "Dia pun ada cakap yang dia sayangkan saya bersama Salwa. Dia sangat baik, peramah dan periang orangnya. Saya reda pemergian dia, tapi rasa kehilangan," kongsinya. Dalam pada itu penyanyi Herman Tino memberitahu dia sentiasa mengagumi arwah sebagai seorang penyanyi yang berbakat besar. Katanya dia sudah lama tidak bertemu dengan arwah memandangkan sibuk menguruskan isteri yang juga tidak sihat ketika ini. "Sudah empat bulan saya tidak berbual dengan dia sejak dengar khabar dia sakit. Kami sudah lama berkawan sejak tahun 1976. "Saya terkejut tiba-tiba pergi meninggalkan kita semua," luahnya. Pada Selasa, Rohana menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam. Pada Isnin lalu, pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Jepun memaklumkan Rohana berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus. Rohana tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat penyanyi itu. Kuman akibat kebocoron usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang. Untuk rekod, Rohana mendirikan rumah tangga bersama Jahangir Khan dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shakira Idora dan Syakila Nisa atau lebih dikenali sebagai Kilafairy. Rohana merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 yang diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Antara lagu-lagu yang pernah dipopularkan Rohana termasuk Musafir Lalu, Resah Ku, Naluri Cinta dan Jangan Main Mata. Sumber: mStar
|
kucingitam replied at 21-6-2023 08:53 AM
dari bulan april dia sakit..takkan la tak sempat..korang bukan kerja ofis 9-5, balik malam sebab stu ...
kucingitam replied at 21-6-2023 04:53 PM
dari bulan april dia sakit..takkan la tak sempat..korang bukan kerja ofis 9-5, balik malam sebab stu ...
Belibis replied at 21-6-2023 01:35 PM
Kalau tak sempat pergi tu tak payah jadi berita pun takpe.dah macam arwah maya dulu..semua nak up se ...
sleepandream replied at 21-6-2023 08:01 PM
maybe nek ani tak rapat sgt dgn arwah kot... kalau melawat pun mcm ganggu waktu rehat arwah... gitew ...
Belibis replied at 21-6-2023 01:35 PM
Kalau tak sempat pergi tu tak payah jadi berita pun takpe.dah macam arwah maya dulu..semua nak up se ...
rosevelvet replied at 21-6-2023 11:25 PM
Sapa bff arwah? X ingt dah. Kemahen sedih bcerita sayu bila cerita psl maya. Tp bila wtwn tnya dah ...
ADVERTISEMENT