CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3657|Reply: 58

Azizul Khamis Sempat Urut Kaki Rohana Jalil, Noraniza Terkilan Tak Sempat Ziarah Di Hospital

[Copy link]
Post time 21-6-2023 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Industri seni malam tadi kehilangan sebutir bintang, malah masih ramai peminat dan rakan artis juga masih dalam keadaan tidak percaya dengan khabar pemergian penyanyi Rohana Jalil.


Penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat menziarahi Allahyarham semasa sedang di rawat di hospital sejak April lalu.


Kongsi Noraniza, kali terakhir dia bertemu dengan arwah pada sebuah program malah memuji penyanyi Rayuanku itu sebagai insan yang baik sebagai teman.




mStar




"Dia seorang yang baik, sentiasa beri bimbingan dan jujur orangnya. Saya tak sangka dia ada penyakit kronik seperti itu.


"Cuma saya terkilan sebab tak dapat bertemu dengan dia kerana ada kekangan masa sampailah saya dapat tahu dia telah pergi.


"Kali terakhir saya bertemu di sebuah program tapi pun sekejap sahaja tidak dapat berbual lama," katanya.


Sementara itu, sahabat baik Rohana iaitu penyanyi Azizul Khamis berkata, kali terakhir dia bertemu dengan pelantun Rayuanku itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhrinya pada malam Selasa.


Azizul bagaimanapun memberitahu dia sebelum ini sempat meluangkan masa beberapa kali bersama Allahyarham sekali gus reda dengan pemergian insan yang banyak membantunya sepanjang berada di dunia hiburan.


"Saya jumpa dia sebelum dia hembuskan nafas terakhir, tapi Ahad sebelum ini saya ada melawat dia. Saya sempat mengurut kaki dia... Masa itu saya tengok dia masih kuat lagi.


"Saya ada bantu dia tunaikan solat. Dia pun ada ucap terima kasih kerana bantu dia solat ketika itu.


"Dia pun ada cakap yang dia sayangkan saya bersama Salwa. Dia sangat baik, peramah dan periang orangnya. Saya reda pemergian dia, tapi rasa kehilangan," kongsinya.


Dalam pada itu penyanyi Herman Tino memberitahu dia sentiasa mengagumi arwah sebagai seorang penyanyi yang berbakat besar.


Katanya dia sudah lama tidak bertemu dengan arwah memandangkan sibuk menguruskan isteri yang juga tidak sihat ketika ini.


"Sudah empat bulan saya tidak berbual dengan dia sejak dengar khabar dia sakit. Kami sudah lama berkawan sejak tahun 1976.


"Saya terkejut tiba-tiba pergi meninggalkan kita semua," luahnya.


Pada Selasa, Rohana menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam.


Pada Isnin lalu, pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Jepun memaklumkan Rohana berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus.


Rohana tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat penyanyi itu.


Kuman akibat kebocoron usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.


Untuk rekod, Rohana mendirikan rumah tangga bersama Jahangir Khan dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shakira Idora dan Syakila Nisa atau lebih dikenali sebagai Kilafairy.




IG




Rohana merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 yang diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur.


Antara lagu-lagu yang pernah dipopularkan Rohana termasuk Musafir Lalu, Resah Ku, Naluri Cinta dan Jangan Main Mata.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak sempat pergi tu tak payah jadi berita pun takpe.dah macam arwah maya dulu..semua nak up sebagai kawan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 03:32 PM | Show all posts
tunggu la lagi 10 retis claim rapat dengan arwah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada tak sempat. Gap masa byk hari. Klu sakit seminggi trs mnggal ye la xsempat Kita je ambil lewa. Klu nk terberak kita blh trs pegi kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dah xde baru nk terkilan itu ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 04:44 PM | Show all posts
kronik gastrik ke sampai usus boleh bocor?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti biasa jawapan artis...
Tak sempat jumpa... Terkilan tak jumpa...Dia la yg paling rapat dgn arwah...
Padahal orang tu bukannya baru sakit sehari dua...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 04:53 PM | Show all posts
dari bulan april dia sakit..takkan la tak sempat..korang bukan kerja ofis 9-5, balik malam sebab stuck kat jalan raya, nyah sampai tak boleh melawat.. tak sempat is pagi admitted, tghari/ptg meninggal.
just a small reminder buat kita2 ni, kalau ada kawan2, sedara mara yg rapat tersangat2 dgn kita sakit, jenguk je lah kejap.. cari masa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 04:56 PM | Show all posts
kucingitam replied at 21-6-2023 08:53 AM
dari bulan april dia sakit..takkan la tak sempat..korang bukan kerja ofis 9-5, balik malam sebab stu ...

betul tu, arwah tu teringin nak makan tart nenas dah berbulan.. dah meninggal ni baru cakap
bukan nya semalam dia teringin harini dah meninggal, tu yela ralat dan terkilan sangat
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la dah tulis skali kat artikel tu sakit dari April
So kita tau la yg mana kata xsempat tu, sekadar beralasan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 08:01 PM | Show all posts
maybe nek ani tak rapat sgt dgn arwah kot... kalau melawat pun mcm ganggu waktu rehat arwah... gitewwww iols bekap nek ani
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 21-6-2023 04:53 PM
dari bulan april dia sakit..takkan la tak sempat..korang bukan kerja ofis 9-5, balik malam sebab stu ...

PM pun sempat melawat arwah masa raya aritu walau bkn kawan rapat pun.
Kebetulan satu wad ngn kawan dia kot lupa dah.
Sbb ada masuk berita aritu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebocoran usus sbb bariatric katanya.tp berita sebelum ni kan family dah war warkan yg semua kawan yg nak melawat boleh melawat depa x hadkan dah tamu sebab doc dah bgtau semua organ utama dah dijangkiti kuman.takziah kpd keluarga arwah.mesti ramai yg sayang sbb x banyak perangai.baik dgn semua org
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 21-6-2023 01:35 PM
Kalau tak sempat pergi tu tak payah jadi berita pun takpe.dah macam arwah maya dulu..semua nak up se ...

Sapa bff arwah? X ingt dah. Kemahen sedih bcerita sayu bila cerita psl maya. Tp bila wtwn tnya dah pg lawat kubur ke? Jwbnya x sempat lg. Gituler yg claim kwn baik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak ani bz byk show agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 21-6-2023 08:01 PM
maybe nek ani tak rapat sgt dgn arwah kot... kalau melawat pun mcm ganggu waktu rehat arwah... gitew ...

Ahhh nek ani tu. Dulu masa pak ngah meninggal pun guna skrip sama jugak. Dah mati baru nak terkilan2 bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 21-6-2023 01:35 PM
Kalau tak sempat pergi tu tak payah jadi berita pun takpe.dah macam arwah maya dulu..semua nak up se ...

Paling geli mengaku arwah Maya tu kawan baik tp tak berjumpa belas tahun. Euwww betul.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Alasan tak sempat /terkilan tu tak leh pakai,sb arwah ni mmg diketahui sakit. Lain la macam arwah kak Deeb. Org tak tahu dia sakit,tau2 dah meninggal.
Pasal tart nenas tu samala macam Kes pazli Asmara iteww.. arwah kak deeb dah meninggal baru sibuk nak ckp arwah teringin nak makan itu ini. Masa arwah tu hidup taknak pulak kau kasi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 21-6-2023 11:25 PM
Sapa bff arwah? X ingt dah. Kemahen sedih bcerita sayu bila cerita psl maya. Tp bila wtwn tnya dah ...

Kalau tak silap amija ajenan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lainnya muka noraniza....ingatkan Syuhada ex bini hafiz rosli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69902 Replies : 595
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71371 Replies : 2282
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 23991 Replies : 10
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 25514 Replies : 10
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 10113 Replies : 1
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 19007 Replies : 28
✵•.¸,✰BENANG BORNEO VOL 2✰,¸.•✵
Vellfire✵•.¸,✰BENANG BORNEO VOL 2✰,¸.•✵
Views : 195696 Replies : 1787
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 55326 Replies : 283

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.056030 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list