CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Curah Minyak Mendidih Pada Kemaluan Suami

20-6-2023 11:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 623| Komen: 3

New Delhi: Seorang wanita melarikan diri selepas didakwa mencurahkan minyak yang  mendidih pada kemaluan suaminya dalam kejadian pada Jumaat lalu, lapor portal berita Odisha Bytes.

Mangsa, Sunil Dhakad, 32, tinggal bersama isterinya di negeri Madhya Pradesh. Suspek bertindak demikian kerana marah selepas suaminya mendapat tahu dia bercakap dengan lelaki lain menerusi telefon.



Menurut laporan, pasangan itu bertengkar berhubung dakwaan hubungan sulit isterinya dan wanita berkenaan yang berang kemudian mencurahkan minyak panas mendidih pada kemaluan Dhakad ketika mangsa sedang tidur.

Mangsa berkata, jiran mengadu kepadanya bahawa isterinya bercakap dengan seorang lelaki selepas dia pergi ke pejabat.

Menjelang hari kejadian,  si suami merampas telefon bimbit isterinya dan dia tidak memberikan sebarang reaksi pada masa itu. 

Bagaimanapun, kira-kira pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) ketika Dhakad sedang nyenyak tidur, Bhawna pergi ke dapur dan  membawa minyak panas lalu mencurakannya pada kemaluan mangsa.


Orang ramai berkumpul di luar rumah mereka selepas mendengar Dhakad menjerit kesakitan.  Jiran-jiran membawa mangsa ke hospital,  manakala pihak polis turut bergegas ke tempat kejadian. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 20-6-2023 11:08 PM
Dasyat woooo cair terus alat dia
Quote intan244 21-6-2023 08:36 AM
ingatkan sbb lakinya curang ka apa. rupanya terbalik.
Quote tipah89 22-6-2023 12:37 PM
belah2 sana mmg extreme sungguh ya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.285235 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top