CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 3

Isteri Curah Minyak Mendidih Pada Kemaluan Suami

[Copy link]
Post time 20-6-2023 11:05 PM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Seorang wanita melarikan diri selepas didakwa mencurahkan minyak yang  mendidih pada kemaluan suaminya dalam kejadian pada Jumaat lalu, lapor portal berita Odisha Bytes.


Mangsa, Sunil Dhakad, 32, tinggal bersama isterinya di negeri Madhya Pradesh. Suspek bertindak demikian kerana marah selepas suaminya mendapat tahu dia bercakap dengan lelaki lain menerusi telefon.






Menurut laporan, pasangan itu bertengkar berhubung dakwaan hubungan sulit isterinya dan wanita berkenaan yang berang kemudian mencurahkan minyak panas mendidih pada kemaluan Dhakad ketika mangsa sedang tidur.


Mangsa berkata, jiran mengadu kepadanya bahawa isterinya bercakap dengan seorang lelaki selepas dia pergi ke pejabat.


Menjelang hari kejadian,  si suami merampas telefon bimbit isterinya dan dia tidak memberikan sebarang reaksi pada masa itu.


Bagaimanapun, kira-kira pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) ketika Dhakad sedang nyenyak tidur, Bhawna pergi ke dapur dan  membawa minyak panas lalu mencurakannya pada kemaluan mangsa.


Orang ramai berkumpul di luar rumah mereka selepas mendengar Dhakad menjerit kesakitan.  Jiran-jiran membawa mangsa ke hospital,  manakala pihak polis turut bergegas ke tempat kejadian. – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasyat woooo cair terus alat dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan sbb lakinya curang ka apa. rupanya terbalik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:37 PM | Show all posts
belah2 sana mmg extreme sungguh ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.130293 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list