CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fahmi Selar Dakwaan Kerajaan Tumbang Lepas PRN

20-6-2023 09:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 428| Komen: 8

Petaling Jaya: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menyelar kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Kerajaan Perpaduan bakal ditumbangkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).


Fahmi dalam hantaran di Twitternya hari ini secara ringkas mengingatkan semula Ahli Parlimen Kubang Kerian itu terhadap titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Fahmi Fadzil

“Peringatan buat Tuan Ibrahim Tuan Man, seandainya sudah terlupa. Sudah-sudahlah,” katanya sambil memuat naik semula titah Sultan Ibrahim yang menyuarakan kebimbangan berhubung isu kestabilan kerajaan.

Terdahulu, media melaporkan, PRN di enam negeri akan datang mampu menggugat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tuan Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka.


Katanya, PRN kali ini boleh menggugat kerajaan pusat sekiranya Perikatan Nasional (PN) mampu memperolehi kemenangan di lima daripada enam negeri.

PRN kali ini melibatkan sebanyak enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dijangka diadakan serentak pada awal Ogos nanti. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pensil82 21-6-2023 11:10 AM
takut xleh naik basikal merah dalam opis lg ke?
hihihihihi













Quote ally9970 21-6-2023 11:30 AM
So kensel lah PRN... sbb kalau korang kalah, menggugat kekuasaan anwar dan konco2 nya kan? Next PRU pun kensel jugak, atas alasan nak jaga kestabilan
Quote pokokmeranti 21-6-2023 11:35 AM
tumbang, tumbang, tumbang............ini yang kami mahu. biar anda jadi pembangkang di negeri2 terlibat supaya segala formula dan idea mengurangkan beban rakyat boleh direalisasikan
Quote SWORKS27 21-6-2023 01:42 PM
tgu je PRU nti...PH BN kera jaan sepenggal
Quote KamikuP 21-6-2023 03:07 PM
Mmg korang akan tumbang pun tengok la lepas PRN nanti.. ekekkee
Quote copy_paste 21-6-2023 03:12 PM
xkan tumbang kalau setakat PRN moga2 insyallah, kalau nk tumbang pun biar masa PRU,
Quote nolya 21-6-2023 03:44 PM
Megharapkan kerajaan orang lain tumbang, kerajaan sendiri dah pun tumbang duluan.  Tak sedar lagi ke. Allah dah elok2 dah bagi jalan, bagi peluang tapi tawaran ditolak, maka jadilah rezeki kerajaan perpaduan berkuasa. Pas tu nak nyesal tak sudah2.
Quote antikorok 21-6-2023 05:08 PM
Awal Ogos? Menyusahkan orang jahh nak balek mengundi banyak kali hengat orang ada masa dengan kos lagik segala bagai. No undi for u!!!! Undi korang pung tapi siapa pung yg naek tetap yg susah kais pagi makan pagi tetap marhaen jugek tapi korang aman2 jah duduk kat atas goyang pungkoq duk bergasak berebot kuasa memasing. Puaka sangat. Puihhh!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.216898 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top