View: 445|Reply: 8
|
Fahmi Selar Dakwaan Kerajaan Tumbang Lepas PRN
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menyelar kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Kerajaan Perpaduan bakal ditumbangkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).
Fahmi dalam hantaran di Twitternya hari ini secara ringkas mengingatkan semula Ahli Parlimen Kubang Kerian itu terhadap titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Fahmi Fadzil
“Peringatan buat Tuan Ibrahim Tuan Man, seandainya sudah terlupa. Sudah-sudahlah,” katanya sambil memuat naik semula titah Sultan Ibrahim yang menyuarakan kebimbangan berhubung isu kestabilan kerajaan.
Terdahulu, media melaporkan, PRN di enam negeri akan datang mampu menggugat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tuan Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka.
Katanya, PRN kali ini boleh menggugat kerajaan pusat sekiranya Perikatan Nasional (PN) mampu memperolehi kemenangan di lima daripada enam negeri.
PRN kali ini melibatkan sebanyak enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dijangka diadakan serentak pada awal Ogos nanti.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
takut xleh naik basikal merah dalam opis lg ke?
hihihihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
So kensel lah PRN... sbb kalau korang kalah, menggugat kekuasaan anwar dan konco2 nya kan? Next PRU pun kensel jugak, atas alasan nak jaga kestabilan |
|
|
|
|
|
|
|
tumbang, tumbang, tumbang............ini yang kami mahu. biar anda jadi pembangkang di negeri2 terlibat supaya segala formula dan idea mengurangkan beban rakyat boleh direalisasikan |
|
|
|
|
|
|
|
tgu je PRU nti...PH BN kera jaan sepenggal |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg korang akan tumbang pun tengok la lepas PRN nanti.. ekekkee |
|
|
|
|
|
|
|
xkan tumbang kalau setakat PRN moga2 insyallah, kalau nk tumbang pun biar masa PRU, |
|
|
|
|
|
|
|
Megharapkan kerajaan orang lain tumbang, kerajaan sendiri dah pun tumbang duluan. Tak sedar lagi ke. Allah dah elok2 dah bagi jalan, bagi peluang tapi tawaran ditolak, maka jadilah rezeki kerajaan perpaduan berkuasa. Pas tu nak nyesal tak sudah2. |
|
|
|
|
|
|
|
Awal Ogos? Menyusahkan orang jahh nak balek mengundi banyak kali hengat orang ada masa dengan kos lagik segala bagai. No undi for u!!!! Undi korang pung tapi siapa pung yg naek tetap yg susah kais pagi makan pagi tetap marhaen jugek tapi korang aman2 jah duduk kat atas goyang pungkoq duk bergasak berebot kuasa memasing. Puaka sangat. Puihhh! |
|
|
|
|
|
|
| |
|