Imej petir menggerunkan di Planet Musytari dirakam sebuah kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). Stesen penyiaran CNN semalam melaporkan petir berwarna hijau dilihat di dalam salah satu daripada banyak pusaran yang berkumpul berhampiran kutub utara Musytari.
Dalam imej tersebut, petir berwarna hijau dilihat di dalam salah satu daripada banyak pusaran yang berkumpul berhampiran kutub utara Musytari. Saintis-saintis masih cuba memahami banyak perkara mengenai Musytari iaitu planet terbesar dalam sistem suria, termasuk ribut besar dan kejadian kilat di planet terdiri daripada gas itu. Petir berasal dari awan air di Bumi, dan kebanyakan panahan petir berlaku berhampiran khatulistiwa.
Namun, untuk Musytari, panahan petir muncul daripada awan yang merupakan hasil daripada amonia dan air, dan ia berlaku paling kerap berhampiran kutub planet. Kapal angkasa NASA, Juno yang tiba untuk memantau Musytari serta bulan-bulannya pada 2016, merakam fenomena tersebut semasa penerbangan jarak dekat kali ke-31 pada 30 Disember 2020. Misi tersebut berada pada lokasi kira-kira 32,000 kilometer di atas puncak awan apabila imej itu dirakam. Imej sebenar Planet Musytari dan bulan-bulannya yang dirakam oleh JunoCam dimuat naik secara online dan boleh diambil oleh sesiapa sahaja untuk diproses. Sumber: Kosmo
|
BartholomewKuma replied at 20-6-2023 07:40 PM
Pada hat biasa dok folow berita2 outter space terutama plenet gas jupiter ni tak dak rasa hairan apa ...
ADVERTISEMENT