CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

YouTuber Pengsan Akibat Sesak Nafas Demi Konten 'Dikebumikan' Dengan Ular

20-6-2023 07:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1266| Komen: 15

Description: Seorang Youtuber menempah padah demi sebuah konten apabila mengalami sesak nafas ketika menanam dirinya hidup-hidup bersama beberapa ekor ular di dalam kubur.Menerusi beberapa video yang dimuat naik s ...
Seorang Youtuber menempah padah demi sebuah konten apabila mengalami sesak nafas ketika menanam dirinya hidup-hidup bersama beberapa ekor ular di dalam kubur.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik semula di TikTok, YouTuber dikenali sebagai Gilang Barbie dari Indonesia itu melakukan eksperimen tersebut kerana mahu mengingatkan orang ramai tentang kematian.



TribunNews

Dalam video eksperimen itu, YouTuber berkenaan dikafankan sama seperti jenazah Muslim bersama alat bantuan oksigen, kamera dan juga kelengkapan komunikasi.

Gilang yang 'ditanam' berada dalam kegelapan dengan beberapa ekor ular melilit tubuhnya.


TribunNews


Difahamkan, kejadian itu disaksikan orang ramai dan beberapa petugas keselamatan.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian keadaan bertukar menjadi panik apabila YouTuber tersebut tiba-tiba menjerit meminta tolong kerana difahamkan dia mengalami sesak nafas akibat kehabisan oksigen.


TikTok @barbiegilang_

Petugas dan orang ramai kemudian bertindak pantas dengan menggali kubur tersebut dan Gilang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Susulan itu, mereka segera membawanya ke hospital berdekatan.




Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 20-6-2023 07:27 PM
astaga..indonnn
Quote sambaldurian 20-6-2023 08:45 PM
Adoi buat latihan ke , x sabar ke alam barzakh pulak dah.
Quote BartholomewKuma 20-6-2023 09:03 PM
Mcm biasa lahhh akai wartawan cari
Quote koko2 20-6-2023 09:24 PM
adoi la..serem banget nengok in vidoenya
Quote CinnamonR 20-6-2023 09:48 PM
Cari penyakit..konten bodoh
Quote sharlenetexas 20-6-2023 10:00 PM
Tak sabar2 nak transfer ke alam barzakh ke?


Quote naina 20-6-2023 10:58 PM
Buat pengsan bikin gempak ke
Ni pun salah satu content
Quote edayildiz 20-6-2023 11:02 PM
yindon ni mmg over kan..nsb org malaysia xde lg camni
Quote Lagubestbest 21-6-2023 02:39 AM
ahh.. ntah2 lakonan. benda wajib all out baru viral.
Quote B40tastePosh 21-6-2023 02:56 AM
sambaldurian replied at 20-6-2023 08:45 PM
Adoi buat latihan ke , x sabar ke alam barzakh pulak dah.

Latihan merangkak dengan kneepad episode seterusnye
Quote zuuu 21-6-2023 03:25 AM
Bila otak n akal x digunakan ini la yg jadi,patutnya x yah bawak dia hospital,dh tuan punya badan x sabar2 nk g alam barzah kita biarkan jelah,senang sikit kerja malaikat maut
Quote prince_marhaen 21-6-2023 10:21 AM
tak lama lagi sampai la kat Malaysia perangai gila content macam leluhur ni... skrg pun budak sini buat content bodoh sikit sikit guys guys guys...tajuk pun bahasa indon..  apa siakkk...
Quote myakayina 21-6-2023 10:53 AM
biarlah nampak bodoh dan ibarat mencabar Sang Pencipta katanya.. asalkan uang nya masuk ..
Quote kucingitam 21-6-2023 12:32 PM
ada sekali tu aku tgk yindia buat gini..kat india sinun.. kemain kat dlm tu siap lampu disko, sekali Allah nak tunjuk, hujan lebat, ribut semua, kubur masuk air.. gelabah semua org, padan muka..
Quote venom1 21-6-2023 02:45 PM
Laaa...biarkan la..kan dah cukup semua amalan tu yang berani masuk kubur. Malaikat Munkar dengan Nakir belum sampai lagi tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.117600 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top