Fadlan Hazim yang sudah bertunang dengan gadis warga negara Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29, menghadkan adegan bersentuhan dengan gandingannya. Mengambil pendekatan untuk menjaga hati pasangannya, Fadlan juga menggunakan langkah yang sama buat tunangnya untuk berpakaian lebih sopan.
"Sejak bertunang, saya mengambil pendekatan untuk kurangkan bersentuhan dengan gandingan. Apatah lagi, saya kini berlakon dengan Ayda Jebat yang juga merupakan isteri dan juga seorang ibu. "Bukan permintaan tunang, namun saya sendiri yang ingin menjaga hatinya, apatah lagi kami sudah ke fasa seterusnya. Dan Insya Allah akan mendirikan rumah tangga.
"Malah, dia juga sudah berpakaian lebih sopan berbanding sebelum ini. Biarpun beragama Islam namun budaya dan gaya hidup mereka berbeza berbanding kita di sini," kata Fadlan kepada Harian Metro. Fadlan atau nama sebenarnya, Fadlan Hazim Anuwar, 31, berkongsi majlis pertunangannya berlangsung di kediaman Aiya di Kazakhstan pada 1 Oktober tahun lalu.
Beralih perancangan mendirikan rumah tangga, aktor kacak ini belum mempunyai sebarang tarikh, namun majlis di jangka diadakan penghujung tahun ini. "Belum ada tarikh tetap lagi. Sekarang saya sedang menguruskan dokumen sebab prosedur berkahwin dengan orang asing agak rumit.
"Sudah sampai masanya untuk saya berkahwin. Semua rakan sudah beristeri dan usia saya pun bukan muda lagi," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|